Tuesday, May 7, 2013

‘Utusan’ guna sentimen kaum untuk tutup penipuan PRU13


PETALING JAYA, 7 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam akhbar Utusan Malaysia milik Umno yang memainkan sentimen perkauman untuk menutup penipuan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dua hari lepas.

Kenyataan Anwar tersebut hadir selepas akhbar milik Umno Utusan Malaysia mengeluarkan artikel “Apa lagi Cina Mahu?” di muka hadapan yang dilihat cuba menunjukkan pilihan raya kali ini adalah pertarungan antara undi kaum Melayu dengan kaum Cina.

“Saya nak beritahu disini ia adalah kesilapan besar pemerintah yang tidak sah.

“Mereka menipu dalam pilihan raya dan menggunakan sentimen kaum untuk menutup kecurangan mereka,” kata Anwar pada sidang media pagi ini di ibu pejabat PKR, di sini.

Ketua umum PKR tersebut juga menuduh tindakan akhbar berbahasa Melayu tersebut mengeluarkan artikel tersebut atas arahan pemimpin tertinggi Umno, serta menambah presiden Umno mempunyai akses terus ke atas akhbar tersebut.

“Sepanjang pengalaman saya berada dalam Umno, presiden mempunyai akses terus dan boleh memberi arahan terus kepada akhbar tersebut,” tambahnya.

Muka hadapan akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini mempersoalkan “Apa lagi Cina mahu? dalam langkah yang dilihat sebagai percubaan untuk mencorakkan keputusan Pilihan Raya 2013 sebagai undi Cina lawan undi Melayu.

Penganalisis telah mengatakan trend dalam pengundian menunjukkan keputusan Pilihan Raya 2013 tidaklah semudah “tsunami Cina” seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Najib Razak akan tetapi ianya lebih kepada pertentangan bandar dan luar bandar bagi Malaysia. Akan tetapi Utusan Malaysia, akhbar yang mewakili golongan kanan Melayu sebahagian besarnya bersekongkol dengan Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan untuk mengeluarkan beberapa artikel menyalahkan Cina kerana memecah belahkan Malaysia.

Dalam muka depan Utusan Malaysia hari ini, turut disiarkan gambar sekumpulan anak muda yang menyerupai wajah Cina memakai baju hitam sebagai bantahan kepada keputusan pilihan raya.

Gambar ini dipercayai diambil di Internet dan turut digunakan oleh penulis blog berhaluan kanan yang bersekongkol dengan Dr Mahathir.

Artikel lain yang diketengahkan adalah petikan kata-kata bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam yang mengatakan “Mereka (Cina) sangat rasis.”

Dalam ‘bullet point’, akhbar tersebut turut menyalahkan DAP kerana politik perkauman dan mengatakan parti sekular itu mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri agar mereka dapat kuasa politik yang tidak kesampaian.

Laporan muka hadapan Utusan Malaysia juga mencadangkan Najib akan berhadapan dengan kesukaran untuk menghadapi kumpulan berhaluan kanan dalam Umno yang memberikan sokongan kuat kepadanya dalam pilihan raya.

Analisis menunjukkan bagaimana trend pengundian menunjukkan sebuah negara dengan bahagian-bahagian bandar dan luar bandar dan kelas yang akan membuat apa-apa perdamaian dan pembaharuan diperlukan lebih sukar untuk dilaksanakan.

Keperluan untuk terus merombak dasar Bumiputera dan untuk memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) - langkah-langkah yang perlu untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya saing dan keluar daripada perangkap pendapatan sederhana - menjadi lebih sukar pertentangan diantara dua Malaysia telah mincul.

Semalam, bekas ketua pengarang kumpulan akhbar milik Umno New Straits Times mengatakan kelemahan BN dalam Pilihan Raya 2013 menunjukkan penolakkan dari seluruh rakyat Malaysia dan bukan hanya dari minoriti Cina.

Datuk A Kadir Jasin mengatakan gabungan 13 parti itu bukan sahaja mendapat kurang kerusi daripada 222 kerusi Dewan Rakyat dan 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya 2013 berbanding 2008, akan tetapi turut kehilangan undi popular buat pertama kali semenjak 1969.

“Adakah tidak mungkin bahawa ini bukan tsunami Cina atau cauvinisme kaum, tetapi tsunami Malaysia yang berpaksikan aspirasi dan realiti baru, khasnya di kalangan pengundi muda?” kata bekas ketua pengarang kumpulan News Strait Times Press semasa era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tulisan di blognya yang bertajuk, “Keputusan PRU13-Tsunami Cina atau Tsunami Malaysia?” semalam.

Najib mengatakan awal pagi Isnin kerajaan baru BN akan memulakan perdamaian kebangsaan, sebagai usaha-usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia, selepas apa yang beliau gambarkan senagai “tsunami Cina” dalam pilihan raya umum ke 13 – menyaksikan BN menang dengan majoriti lebih kecil berbanding Pilihan Raya 2008.

Menurut Kadir, pencapaian BN dalam Pilihan Raya 2013, lebih buruk daipada 2008. Kerusi di Parlimen jatuh daripada 140 kepada 133. Manakala bagi kerusi DUN, BN merosot daripada 306 kepada 274 walaupun dapat menawan semula Kedah dan mengesahkan penguasan ke atas Perak. - MI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular