Friday, May 10, 2013

Apa yang Norman nak? Persembahan terbuka?

NormanKRU
Norman KRU nak apa lagi dari PAS?

Artis spesis UMno, Norman Abdul Halim, Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios sebelum ini pernah membuat kenyataan terbuka yang industri hiburan tempatan dan antarabangsa akan hancur sekiranya pimpinan Pas memegang tampuk pemerintahan negara selepas PRU13. Dia tak percaya kepada Yang Maha Esa sebagai pemberi rezeki dan percaya UMnolah yang mengisi perut mereka.


Kini dia minta kerajaan baru Kelantan mendengar rintihan penggiat seni yang berkecimpung dalam industri hiburan tanah air.

“Menerusi perubahan pucuk pimpinan baru di Kelantan, saya berharap rintihan artis tempatan didengar. Mungkin ada segelintir penduduk di sana mahukan persembahan terbuka dan segelintir tidak, tetapi saya mahu kerajaan pakatan pembangkang prihatin terhadap industri hiburan tanah air. Di Pulau Pinang dan Selangor sebelum ini, tiada masalah dan adalah lebih baik dasar mereka ini menjadi konsisten.” – HarianMetro
Apa yang Norman nak? Persembahan terbuka? Penggiat seni dikir barat Kelantan boleh maju di Kelantan. Bahkan ada yang album mereka laris mengatasi artis tanah air. Persembahan mereka juga dibenarkan.

Kalaulah Norman nak membawa artisnya ke Kelantan, sepatutnya dia patuhilah kehendak kerajaan Kelantan dengan tatasusila pakaian dan persembahannya. Tentu kerajaan Kelantan benarkan. Kalau nak buat sama dengan negeri UMno, tiada bezalah! KRU Studios pun kalau mengikat artis, tentu meminta artis bersetuju dengan kontraknya. Takkan peraturan kerajaan Kelantan tak boleh diikut!!

Tentu kerajaan PAS Kelantan terbuka kalau kena caranya… - ekeleh

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular