Friday, May 10, 2013

Gempak!! Soi Lek Letak Jawatan???

Veteran MCA Minta Soi Lek Letak Jawatan
KUALA LUMPUR: Ahli veteran MCA mendesak presiden parti itu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk meletakkan jawatan selepas parti komponen Barisan Nasional (BN) itu mengalami kekalahan terburuk dalam Pilihan Raya 2013.

MCA hanya berjaya memenangi tujuh daripada 37 kerusi Parlimen dan 11 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mereka tandingi dalam pilihan raya umum 5 Mei.

“Kami meminta presiden parti Datuk Seri Chua Soi Lek untuk meletakkan jawatan pada saat ini dan beri laluan kepada muka baru untuk kehadapan memulihkan dan memberi nafas baru kepada parti,” kata bekas presiden MCA Tan Koon Swan hari ini.

“Kami tidak mempunyai agenda peribadi atau kami menentang Dr Chua secara peribadi. Demi untuk parti terutamanya komuniti, beliau harus bertanggungjawab dan letak jawatan,” kata Tan yang bertindak sebagai jurucakap kumpulan.

Dr Chua sudah mengatakan beliau tidak akan bertanding jawatan presiden parti tahun ini sementara beberapa ketua bahagian MCA telah memintanya untuk meletakkan jawatan kerana prestasi buruk parti.

Tan juga mengatakan “orang-orang tua” MCA, 10 orang yang hadir dalam sidang akhbar hari ini, “sedih” dengan kekalahan terburuk dalam sejarah 64 tahun parti itu.

Bekas timbalan presiden MCA Tan Sri Lee Kim Sai juga mengatakan jika Dr Chua terus kekal walaupun seminit lagi sudah “terlalu lama”.

Isnin lalu, Dr Chua mengatakan MCA tidak akan ambil apa-apa jawatan kerajaan.

Tan, bagaimanapun menegaskan MCA masih lagi relevan dan adalah “baik bagi masyarakat Cina mempunyai wakil di dalam Kabinet”.

“Dalam negara berbilang kaum seperti kita, pengasas negara sudah memikirkan setiap kaum mestilah diwakili,” kata Tan.

“Sebab itu struktur awal Barisan Nasional melibatkan semua, sama ada kamu dari Sabah atau Sarawak, semua orang dimasukkan dan ia telah berjalan dengan baik. Ia telah membawa keamanan dan kestabilan kepada negara. Kita melihat tiada sebab itu corak ini dihentikan,” kata bekas ketua MCA, yang berkhidmat dari 1985 hingga 1986.

Tan juga mengatakan Pilihan Raya 2013, di mana BN berhadapan dengan kekalahan bersejarah kerana ia menambahkan tujuh lagi kerusi Parlimen kepada Pakatan Rakyat (PR) adalah “transisi baik untuk sistem dua parti”.

Bekas presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting telah meletakkan jawatan selepas “tsunami politik” 2008, apabila parti tersebut hanya menang 15 kerusi Parlimen.

Tan mengatakan pengundi beralih kepada PR kerana kekecewaan terhadap rasuah dan ketidak adilan sosial.

Beliau menambah, perlembagaan parti akan mengelakkan krisis kepimpinan jika Dr Chua menerima desakan untuk berundur.

“Kami meminta ahli parti untuk kembali supaya parti boleh menjadi berkredibiliti dan dihormati lagi,” kata Tan.

BN kehilangan undi popular kepada PR dalam Pilihan Raya 2013 dan menyaksikan kerusi Parlimen susut ke 133, semantara PR menang 89 kerusi Parlimen.

MCA ditubuhkan oleh Tun Tan Cheng Lock untuk menyelamatkan Cina di Malaya dari pulang ke China semasa perang gerilla terhadap komunis semasa darurat Malaya.

10 orang tua MCA yang hadir hari ini semasa sidang akhbar adalah Tan, Lee, Tan Sri Lim Ah Lek, Tan Sri Wong Sea Wah, Tan Sri Dr Sak Cheng Lum, Tan Sri Lau Yin Pin, Datuk Jimmy Lau, Datuk Fu Ah Kiow, Datuk Wong Kam Hong dan Wang Choon Wing.Ketua Pembangkang perlu setaraf menteri dalam pembaharuan Parlimen, kata Kit Siang

Oleh Boo Su-Lyn / The Malaysian Insider

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular