Wednesday, August 28, 2013

Merdeka 56 tahun, ideologi penjajah masih tebal

KOTA BHARU: Kata Mursyidul Am PAS, kita telah pun merdeka lebih 50 tahun, namun fahaman kebangsaan yang dibawa masuk penjajah masih lagi menebal di negara ini.

Lebih malang lagi katanya, orang Melayu sendiri jelas menolak Islam dan digantikan dengan ideologi kebangsaan.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, segala kepincangan tersebut menyebabkan timbulnya masalah sama ada ekonomi, politik dan sosial yang kini dilihat semakin berleluasa.

“Kemerdekaan sebenar membuang kebangsaan dan menjadikan Islam sebagai dasar sama ada dalam aspek pemerintahan, kehidupan dan sebagainya.

“Hanya Islam agama yang memberi keaadilan untuk seluruh makhluk. Sebagai pemimpin yang mengaku Islam mestilah menghalau fahaman kebangsaan dan meletakkan Islam sebagai dasar pemerintahan negara,” katanya di sini semalam.

Pada sebelah petang Tuan Guru Nik Abdul Aziz diziarahi Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumahnya di Pulau Melaka.

Presiden PAS dan keluarga datang dari Kuala Lumpur sampai di Pulau Melaka kira-kira jam 3.30 petang.

Mursyidul Am sebelum ini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian kira-kira seminggu. Beliau keluar wad Ahad lepas.

Presiden PAS juga mengimamkan solat Asar di Masjid Tok Guru di Pulau Melaka sebelum pulang ke Marang, Terengganu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat semakin diterima rakyat sehingga kerajaan BN terpaksa menghapuskan ISA yang tidak bertamadun hasil desakan pembangkang.-harakahdaily.net

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular