Wednesday, August 28, 2013

APA SEBAB DISEBALIK RANCANGAN US UNTUK MENYERANG SYRIA?

Akhbar dunia melaporkan bahawa US dan gabungan 10 negara telah melakukan persiapan terakhir untuk memulakan serangan ke atas Syria yang dijangka esok hari (Khamis).

Dilaporkan bahawa 35 tempat sasaran telah di senaraikan yang akan menjadi sasaran gabungan tersebut. Namun adakah serangan ke atas Syria tersebut bertujuan untuk mengalih pandangan dunia daripada Mesir ke arah Syria?

Apa disebalik semuanya?

AS sedia untuk kemungkinan serang Syria
Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya bersiap sedia untuk kemungkinan serangan tentera terhadap Syria yang boleh berlaku dalam beberapa hari sahaja.

Ia dilihat langkah paling agresif kuasa-kuasa Barat di negeri Timur Tengah yang sudah dua tahun setengah berada dalam kancah perang saudara.

Duta-duta negara Barat sudah memberitahu pembangkang Syria untuk menjangkakan respon ketenteraan dengan segera terhadap pasukan Presiden Bashar al-Assad, sebagai balasan terhadap serangan senjata kimia minggu lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh sumber yang menghadiri mesyuarat dengan kumpulan penentang Gabungan Kebangsaan Rakyat Syria di Istanbul, lapor Reuters.

Australia, sekutu rapat AS dan pengerusi seterusnya Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu merestui kemungkinan serangan terhadap Syria walaupun majlis keselamatan tidak bersetuju.

Setiausaha Pertahanan AS Chuck Hagel pada Selasa berkata, tentera AS di rantau itu "sedia bertindak" jika Presiden Barrack Obama memberikan arahan.

Obama - yang keberatan agak lama untuk campur tangan dalam konflik Syria - berusaha mengukuhkan sokongan sekutu AS, termasuk meminta pandangan pemimpin Britain dan Kanada.

Manakala agensi risikan AS mengumpulkan maklumat bahawa sah terdapat pengesahan akhir bahawa kerajaan Syria bersalah terhadap serangan gas beracun dalam serangan dekat Damsyik.

Jurucakap Rumah Putih Jay Carney berkata, hujah bahawa pihak lain dan bukan tentera Assad di sebalik serangan kimia berskala besar itu hanyalah "khayalan".

Menurut aktivis, ratusan terkorban ketika serangan itu.

"Tiada keraguan lagi berhubung siapa yang bertanggungjawab atas kekejaman menggunakan senjata kimia di Syiria: regim Syria," kata naib presiden Joe Biden dalam ucapan di Housten kepada American Legion, kumpulan veteran tentera. mk

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular