"Percaya atau tidak, ada kalangan anggota polis pun tidak perasan kewujudan akta ini. Ada juga menteri yang tidak tahu apa itu APC"
PEGUAM NEGARA DENGAN TEGAS DAN BERNADA KERAS MENYATAKAN TIDAK AKAN MELAYAN DESAKAN AGAR ORDINAN DARURAT (EO) DAN AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA) DIHIDUPKAN SEMULA!!!!
PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan supaya Ordinan Darurat (EO) 1969 dikembalikan kerana undang-undang sedia ada termasuk Akta Pencegahan Jenayah (APC) 1959 mencukupi untuk menangani pelbagai isu jenayah di negara ini.
Yang perlu dibuat hanya menambah baik buku perundangan sedia ada terutamanya APC dengan menggunakan peruntukan itu sepenuhnya bagi membanteras jenayah.
Bagaimanapun pelaksanaan undang-undang sahaja tidak cukup jika tidak disertai peranan oleh agensi penguatkuasa undang-undang terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM terutama membabitkan penyelarasan maklumat dan perkongsian kepakaran yang merupakan elemen penting dalam memastikan keamanan negara berada di tempat yang sepatutnya.
“Walaupun EO dimansuhkan tetapi tidak bermakna ada lompong dalam kerangka undang-undang berkaitan gangsterisme, jenayah terancang dan jenayah serius secara umumnya. Kita ada Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang masih berkuatkuasa, begitu juga akta-akta lain.
“Tetapi tidak ramai yang tahu tentang akta ini. Percaya atau tidak, ada kalangan anggota polis pun tidak perasan kewujudan akta ini. Ada juga menteri yang tidak tahu apa itu APC,” kata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam pertemuan eksklusif selama tiga jam dengan MalaysiaGazette.
Abdul Gani menjelaskan, tidak ada undang-undang baharu yang akan diperkenalkan untuk mengganti EO dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan.
Tetapi kata beliau, undang-udang baharu yang dimaksudkan dan yang diperkatakan oleh banyak pihak itu sebenarnya merujuk kepada rang undang-undang baru yang akan dibentangkan bagi meminda akta sedia ada selaras dengan keperluan semasa.
Katanya, langkah pencegahan di bawah EO tidak pernah bermaksud sebagai jalan penyelesaian muktamad untuk membendung kegiatan jenayah keganasan.
Ini kerana matlamat utama EO untuk menangani rusuhan serta ketegangan ketika negara berhadapan tragedi 13 Mei yang mengorbankan banyak nyawa, mencederakan ratusan rakyat dan mencetuskan suasana amat tidak selamat selain menggugat keamanan negara.
“Berdasarkan angka rasmi 196 orang hilang nyawa, 180 cedera disebabkan senjata api dan 259 lagi berpunca daripada senjata-senjata lain. Menurut Majlis Gerakan Negara, sebanyak 9,143 orang ditahan dan daripada jumlah tersebut 5,561 orang didakwa di mahkamah. Dalam kejadian tersebut, 6,000 orang kehilangan tempat tinggal, sekurang-kurang 211 kenderaan musnah manakala 753 bangunan rosak akibat dibakar.
“Segala-galanya berlaku dalam tempoh seminggu,” katanya menjelaskan sebab sebenarnya EO diwujudkan lantaran keadaan yang amat mendesak ketika itu dengan keutamaan memelihara keselamatan rakyat dan negara sehingga membawa kepada pengisytiharan darurat.
Menurut Abdul Gani, APC pula digubal untuk menyediakan langkah pencegahan jenayah yang lebih berkesan di Semenanjung Malaysia dan bagi membendung jenayah, kongsi gelap dan ancaman-ancaman lain.
“Kita jangan lupa bahawa Seksyen 2 EO secara jelas menyebut bahawa apabila EO dikuatkuasakan, peruntukan Akta Pencegahan Jenayah 1959 masih terus berkuatkuasa sehingga sekarang.
“EO juga tidak dicipta untuk menangani jenayah jalanan dan aktiviti kongsi gelap yang selalunya jatuh di bawah undang-undang jenayah yang biasa seperti Kanun Keseksaan dan APC,” katanya.
Seksyen 4 APC memberi kuasa kepada polis menahan tanpa waran seseorang yang disyaki dan tahanan tersebut dihadapkan di hadapan majistret dalam tempoh 24 jam. Majistret akan membenarkan reman selama 14 hari menerusi satu kenyataan bertulis yang ditandatangani pegawai polis berpangkat Asistan Superitendan yang menyebut terdapat alasan untuk mempercayai reman orang yang ditahan polis
Katanya, sebelum tempoh 14 hari tamat, Majistret oleh melanjutkan reman selama 28 hari mengikut syarat-syarat yang ditetapkan untuk siasatan lanjut.
“Selepas tamat tempoh tersebut kalau siasatan lanjut masih diperlukan mereka boleh datang kepada saya minta 28 hari lagi. Bermakna tempoh tahanan boleh sampai 72 hari. Tetapi semacam ada sedikit `masalah’ antara pihak penguatkuasan udang-undang dengan Jabatan Peguam Negara.
JADI PEMANSUHAN EO DAN ISA TIADALAH ADA KENA MENGENA DENGAN PAKATAN RAKYAT!!!!! - omakkau
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
No comments:
Post a Comment