Kerajaan Malaysia mungkin memasukkan 4 peratus cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam belanjawan yang akan dibentangkan Oktober depan bagi menangani defisit fiskal yang meningkat kepada RM14.9 bilion.
RM14.9 bilion tu PERTABAHAN hutang baru lagi..bagaimana BN membelanjakan wang negara sampai berhutang hutang dan akhirnya KITA semua harus tanggung?
Kalau yang tanggung tu pengundi BN sahaja bole tahan la jugak..ni kami yang tak sokong BN jadi org bodoh tanggung bangkai!!!
Bayangkan berapa lagi kenaikan harga barang akan naik lepas ni? - King Jason
GST dijangka diumum pada pembentangan Belanjawan 2014
KUALA LUMPUR: Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dijangka diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2014 dan disifatkan sebagai bukan satu pilihan sebaliknya perlu dilaksanakan.
Bagaimanapun, ia hanya akan dilaksanakan ke atas pengguna dalam tempoh 14 bulan selepas diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa pelaksanaan GST tidak akan membebankan rakyat dan lebih banyak insentif akan diberikan.
Ia antara lain turut membabitkan tiada kadar cukai dikenakan ke atas beberapa produk barangan pengguna seperti beras dan susu bayi. HM
K'jaan mungkin masukkan GST dalam belanjawan
4:42PM Ogos 28 2013
Kerajaan Malaysia mungkin memasukkan 4 peratus cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam belanjawan yang akan dibentangkan Oktober depan bagi menangani defisit fiskal yang meningkat kepada RM14.9 bilion, lapor akhbar tempatan.
The Malaysian Reserve, memetik Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah sebagai berkata, beberapa pembaharuan ekonomi untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara sedang dibincangkan.
"Saya tidak menolak (GST), ia dalam perancangan. Tetapi biar kita tunggu sehingga belanjawan. Ia pakej untuk semua orang," Mohd Irwan dipetik sebagai berkata.
Tambahnya, jawatankuasa dasar fiskal sedang menerokai beberapa langkah, termasuk merasionalisasi subsidi dan membendung perbelanjaan kerajaan.
"Ini antara langkah-langkah dalam perancangan. Perdana menteri akan mengumumkannya pada hari belanjawan dibentangkan," beliau dipetik sebagai berkata. - Reuters
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
No comments:
Post a Comment