Thursday, August 29, 2013

Bagaimana kami tergamak nak pasang jalur gemilang jika..

Buat dato dato panglipurlara dalam umno sekalian..
Jangan salahkan kami.

Mengapa kami tak berselera kibar jalur gemilang?
Kami enggan..sebabnya..BN yakni parti yang memerintah negara kami ini telah KIANAT!!

Apa makna jalur yang gemilang kiranya ;

* Kadar hutang negara antara tertinggi didunia? BN telah dengan cuai mentadbir menjuruskan kami semua dalam bebanan hutang negara yang andai dibahagi setiap warganegara perlu tanggung berpuluh ribu seorang!!!!

* Apa erti kibarkan bendera jika kami rakyat terpaksa membayar hutang beli rumah sampai kami pencen? Hutang kenderaan yang teramat mahal walhal negara luar dijual dengan harga yang lebih murah!!! Perlukah kami kibar bendera sedangkan Malaysia antara negara tertinggi kadar hutang isi rumahnya? Kami malu!!!

* Kemanakah hasil mahsul wang negara kita yang BANYAK telah BN hilangkan? Pendapatan petronasnya..pendapatan hasil Felda..pendapatan hasil cukai cukai..perladangan..yang jika dikumpul dan digunakan untuk rakyat..kami dapat semua kemudahan FREE padahal kami dipaksa MEMBAYAR walhal ini semua wang pembayar cukai!!! Kemana wang negara yang banyak itu wahai dato dato panglipurlara umno BN?

* Bermaknakah kami kibar bendera dalam masa sama kerajaan BN telah kianat kepada rakyatnya dengan memberi IC kepada warga asing!!!Apakah dengan memberi IC secara besar besaran ni mendapat keizinan kami wahai dato dato sekalian? Kesan warga asing yang ramai ini kami yabg hadap..bukan dato!!! Faham tak? Hanya kerana nak menang TIPU pilihanraya..dato sanggup perjudikan maruah dan kedaulatan negara kami lepastu dato mintak kami kibar bendera?

Apa erti merdeka?
Beri kerakyatan IC kepada pendatang asing adalah KIANAT!!

Samalah kianatnya mengangap British sebagai penyelamat dan memerdekakan negara seperti mana Tungku Abd Rahman mengarahkan seorang American
Felix De Welson mengukir patung di tugu negara.

Tiada satu pun nama Melayu terukir. .mana dia pejuang pejuang melayu punya nama?

Sejarah kemerdekaan diputar belit untuk kepentingan BN..habis tertipu generasi percaya bulat bulat penipuan sejarah negara.

Apa erti merdeka?

Erti merdeka ialah :

* Biarlah harga barang melambung tinggi..

* Kadar hutang isi rumah tertinggi didunia..

* Kes jenayah meningkat ..

* Rakyat bersaing rebut rezeki dengan pendatang asing..

* Pemimpin bodoh dan banyak skandal dilantik memerintah negara..

* Hutang negara cecah tahap bankrup..

Asalkan bukak tingkap...tengok luar tak ada peperangan!!..ayuh pasang bendera sampai raya cina!!!

Berbaloikah kami kibar bendera Malaysia?

Dato!!! Kami lihat bendera kami..serupa kami lihat bendera umno..umno telah ganyang dan perkotak katik negara kami macam mak bapak dia yang punya!!!

Ini macam pon ada!!!


Bagaimana kami tergamak nak pasang jalur gemilang jika warga asing bebas meragut punca rezeki kami?
Bagaimana tergamak kami nak pasang jalur gemilang sekiranya aset..hak milik bangunan..kedai kedai bila diselidik rupanya kepunyaan orang asing?


Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular