Tuesday, August 20, 2013

Tarif baru elektrik tak beban pengguna? Ini dinamakan kerajaan yang menekan rakyat!!!!.

BULAN JULAI DENGAN BANGGA DAN MEGAH BERITAHU SATU DUNIA TNB UNTUNG PRACUKAI RM2.042 BILLION SUKU KETIGA... SEBULAN KEMUDIAN UMUM KEPADA DUNIA TARIF ELEKTRIK AKAN DINAIKKAN!!!!!

Tarif baru elektrik tak beban pengguna?
TNB jamin semakan semula berpatutan, rakyat usah bimbang

Itulah dia negara ku yang ditadbir oleh UMNO/BN setelah diberikan mandat dan kemenangan oleh rakyat pada PRU 13 yang lalu.

Pada 18hb Julai 2013 Tenaga Nasional Berhad dengan bangga dan megah sekali telah memberitahu satu dunia betapa syarikat kuasa nasional itu telah memperolehi keuntungan sebelum cukai cukup tinggi sebanyak RM2.042 billion bagi suku ketiga berakhir pada 31hb Mei 2013 berbanding RM980.30 juta dalam suku tahun yang sama tahun lepas.

Selepas sebulan membuat pengumuman itu, maka diberitahu pula tarif elektrik bakal dinaikkan.

Dah untung berbillion ringgit setahun masih lagi nak dinaikkan tarif elektrik...Bukankah ini menunjukkan betapa bersikap cekik darah punya syarikat GLC yang dipimpin oleh kerajaan UMNO/BN.

Sepatutnya jika dah untung banyak sebegitu diturunkan tarif elektrik bagi meringan beban rakyat... Ini tak.. lagi banyak untung lagi nak tekan rakyat .

Ini dinamakan kerajaan yang menekan rakyat!!!!.

Apa-apa pun bersyukur dan berterima kasihlah dengan UMNO/BN...bak kata setengah pemimpin UMNO.. tanpa UMNOkita masih lagi duduk atas pokok dengan bercawatkan daun. - Omakkau

Tarif baru elektrik tak beban pengguna?
TNB jamin semakan semula berpatutan, rakyat usah bimbang

Tenaga Nasional Bhd (TNB) memberi jaminan bahawa sebarang pelarasan kadar tarif elektrik jika dipersetujui oleh kerajaan, tidak akan membebankan pengguna.

Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Ir Azman Mohd berkata, pengguna domestik dengan penggunaan bulanan di bawah 200 kilowatt sejam (kwj) tidak akan terjejas daripada pelarasan tarif itu.

“Jika pelarasan semula tarif dibuat, tarif baharu itu akan dipastikan berpatutan. Rakyat tidak perlu bimbang, pelarasan tidak akan membabitkan dua atau tiga kali ganda” Azman Mohd, Presiden dan Ketua Eksekutif TNB

“Kira-kira separuh dari lapan juta pengguna (tenaga di dalam negara) adalah daripada kumpulan yang mana penggunaan bulanan mereka di bawah 200 kwj iaitu dengan bil di bawah RM70.

“Jika pelarasan semula tarif dibuat, tarif baharu itu akan dipastikan berpatutan. Rakyat tidak perlu bimbang, pelarasan tidak akan membabitkan dua atau tiga kali ganda. Ada peratusan tertentu tetapi ia tidak setinggi itu,” katanya pada media pada Majlis Mesra Aidilfitri TNB di Kuala Lumpur, semalam.

Kali terakhir kerajaan menyemak tarif elektrik ialah pada Jun 2011 apabila ia dinaikkan sebanyak 2.23 sen bagi satu kilowatt sejam (kwj) atau 7.12 peratus kepada paras semasa iaitu 33.54 sen/kwj daripada 31.31 sen/kWj.

Kenaikan itu dibuat setelah tarif elektrik tidak berubah sejak Jun 2006 dan sebagai sebahagian daripada proses rasionalisasi subsidi di tengah-tengah peningkatan harga gas asli cecair bagi sektor tenaga.

Kerajaan tentukan

Azman berkata, keputusan berhubung semakan semula tarif elektrik akan ditentukan oleh kerajaan bersandarkan kepada maklumat yang diberikan TNB.

“Banyak pertemuan telah dilakukan, termasuk secara rasmi dan tidak rasmi bagi membincangkan perkara itu. Namun, kami pasti kerajaan akan mempertimbangkan sebaik mungkin bagi kebaikan semua pihak termasuk pengguna dan penggunaan industri,” katanya.

Azman menjelaskan, sebarang pelarasan kadar tarif elektrik, jika berlaku pada masa hadapan, adalah disebabkan oleh kenaikan harga bahan api, bukannya atas dasar untuk memberikan keuntungan tambahan kepada syarikat utiliti itu.

“Kita tidak rugi apa-apa. Seperti sekarang yang rugi adalah PET-RONAS yang membekalkan gas asli cecair (LNG) sebagai bahan api kerana terpaksa menanggung harga berkali ganda,” katanya.

Katanya, ketika ini, PETRONAS menetapkan harga gas iaitu bahan bakar utama untuk menjana elektrik pada kadar RM13.70 bagi sejuta metrik unit thermal British (mmBtU), jauh lebih rendah berbanding harga pasaran iaitu sebanyak RM40 mmBtU.

Berdasarkan kos bahan api

Bulan lalu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, turut dilaporkan berkata, kerajaan akan memastikan sebarang kenaikan tarif elektrik, jika berlaku, akan dibuat berdasarkan kepada kenaikan kos bahan api dan bukannya untuk memberi keuntungan tambahan kepada TNB.

“Sebarang perubahan harga bahan api akan ditampung TNB dan TNB pula dibenarkan melepaskan kos itu kepada pengguna melalui prinsip mekanisme Fuel-Cost Pass Through (FCPT),” katanya.

Melalui FCPT, pengguna elektrik berkapasiti 200Kwh sebulan kekal menikmati 21.8 sen setiap kilowatt, sementara yang menggunakan elektrik kurang 92Kwh sebulan atau kurang RM20 juga akan terus menikmati rebat.

“Ini bermakna kenaikan tarif elektrik bergantung kepada kenaikan kos bahan api dan bukan untuk memberi keuntungan tambahan kepada TNB,” katanya.

FCPT adalah mekanisme di bawah Kawalselia Berdasarkan Insentif (IBR) Suruhanjaya Tenaga dalam meningkatkan kecekapan operasi syarikat utiliti, dengan syarikat terbabit akan menerima insentif atau dikenakan penalti ika gagal mencapai prestasi ditetapkan.

Melalui FCPT, pengguna elektrik dengan kapasiti 200Kwh sebulan akan kekal menikmati kadar 21.8 sen bagi setiap kilowatt, sementara mereka yang menggunakan elektrik kurang 92Kwh sebulan atau kurang RM20 sebulan juga akan terus menikmati rebat.

Artikel Berkenaan

Maskargo kembang operasi

Sepang: Maskargo Sdn Bhd mengembangkan lagi perkhidmatannya dengan meneroka pasaran penghantaran kargo rangkaian sejuk ke China dan Australia.

e-Perolehan sedia pelbagai perkhidmatan

Sebanyak 16 pusat e-Perolehan (eP) iaitu sistem perolehan tender kerajaan secara dalam talian, telah diwujudkan di seluruh negara bagi memudahkan pihak yang berkenaan mendapatkan maklumat mengenai eP.

New Zealand bimbang krisis tenusu berulang

Wellington: Kebimbangan mengenai pencemaran yang melanda industri tenusu New Zealand, yang bernilai berbilion dolar, tercetus semula selepas ia mendedahkan terdapat produk susu dengan tahap nitrat berlebihan sudah dieksport ke China.

Eksport Jepun melonjak tinggi sejak 2010

Tokyo: Eksport Jepun bagi Julai melonjak pada kadar paling tinggi sejak 2010 sekali gus membantu usaha Perdana Menterinya, Shinzo Abe untuk memacu pemulihan ekonomi negara di sebalik peningkatan kos tenaga yang meningkatkan defisit perdagangan.

Ulasan Pasaran: Dagangan ditutup rendah

Harga saham di Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada paras lebih rendah semalam kerana momentum belian yang lemah ekoran prestasi berubah-ubah di luar negara, kata peniaga. - bharian.com.my

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular