Thursday, August 22, 2013

Sah Ibrahim Ali Taik Judi?

Kes saman fitnah melibatkan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail selesai hari ini apabila Ibrahim menarik balik saman itu.


Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi S.M. Komathy Suppiah yang mendengar kes itu di dalam kamar membenarkan permohonan Ibrahim dan membatalkan saman itu tanpa sebarang kos.

Ketika dihubungi pemberita, peguam William Leong yang mewakili Saifuddin mengesahkan perkara itu.

Ibrahim memfailkan saman itu pada 2 Jun 2010 dengan mendakwa Saifuddin secara palsu dan berniat jahat menerbitkan kenyataan fitnah pada edisi 27 April hingga 4 Mei akhbar Suara Keadilan dengan mendakwa Ibrahim terlibat dalam perniagaan perjudian.

Ibrahim mendakwa perkataan tersebut disebarkan dengan niat jahat untuk mencemarkan nama dan reputasi baiknya, dan perkataan itu telah menyebabkan beliau dihina, disingkir dan diabaikan awam. - Bernama
Gambar Hiasan

Kenapa tarik balik kalau dah betul hang kata Saifuddin fitnah hang Ibrahim oi..
.... Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata....pakat-pakatkalih

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular