Thursday, August 22, 2013

PTPTN : "Hutang Ku Hutang Mu Jua"

RAKYAT DITIPU LAGI!!
AWAS !!!! KABINET HANYA TANGGUHKAN CADANGAN UNTUK MENYENARAIKAN PEMINJAM PTPTN DI BAWAH SISTEM MAKLUMAT RUJUKAN KREDIT PUSAT (CCRIS) DAN BUKANNYA BATALKAN TERUS!!!!

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Menurut Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, perkara itu baru diputuskan kabinet dalam mesyuaratnya sebentar tadi.

"Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS.

Begitulah bunyi ayat yang dimaklumkan pagi tadi..Tapi realitinya ????

Mengikut berita dari TV3 ... menyenaraikan peminjam PTPTN dibawah CCRIS bukannya di mansuhkan terus tapi sekadar ditangguh!!!!

Ditulis... CCRIS...KABINET TANGGUH SENARAI HITAM PELAJAR.

Jawabnya rakyat terutamanya para pelajar sudah kena game lah weh!!!!!! - Omakkau

PKR dakwa Khairy beri maklumat salah mengenai CCRIS PTPTN
Rafizi Ramli hari ini mendakwa Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberikan maklumat salah mengenai keputusan Kabinet berhubung cadangan menggunakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar.

Pengarah Strategi PKR itu berkata, tindakan Khairy menyatakan jemaah menteri membatalkan CCRIS adalah seperti memberi harapan palsu walaupun sebenarnya apa yang dilaporkan media arus perdana adalah jemaah menteri menangguhkan pelaksaan sistem itu.

"Ia adalah satu salah faham yang tidak patut berlaku bagaimana seorang menteri boleh menyampaikan maklumat salah, jadi beliau harus segera tampil jelaskan adakah kabinet sebenarnya mahu ia ditangguh atau dibatal," kata Rafizi dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

“PKR tidak akan berhenti berjuang mengenai ini sehingga mendapat kepastian, CCRIS tidak akan digunakan terhadap peminjam PTPTN,” katanya.

Semalam Khairy melalui laman Facebook miliknya mengumumkan Kabinet membatalkan cadangan menggunakan CCRIS terhadap peminjam PTPTN.

"Baru selesai Mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS.

"Terima kasih kepada PM dan Menteri-menteri Pendidikan kerana mendengar suara orang muda," kata Khairy dipetik laman sosial miliknya semalam.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh sebelum ini mengumumkan peminjam ingkar PTPTN akan dikenakan tindakan di bawah CCRIS, namun memberi jaminan tindakan itu tidak akan menindas peminjam yang majoritinya golongan belia.

"Kita akan memastikan tiada siapa menjadi mangsa kepada pelaksanaan CCRIS ataupun dipinggirkan menerusi program itu," kata ahli Parlimen Besut itu kepada The Malaysian Insider.

Pengumuman itu menerima reaksi negatif daripada pelbagai pihak termasuk -pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat (PR), aktivis mahasiswa dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), dan juga badan bukan kerajaan Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa).

Aktivis Adam Adli Abdul Halim memberitahu The Malaysian Insider baru-baru ini mahasiswa akan berdemonstrasi membantah cadangan melaksanakan CCRIS terhadap peminjam PTPTN sekiranya diteruskan. – 22 Ogos, 2013.

LAWAK :
Pegawai bank: "Maaf encik, berdasarkan maklumat kami encik tidak layak memohon pinjaman bank."

Peminjam: "Kenapa??"

Pegawai Bank: "Nama encik tersenarai dalam 'CCRIS', sebab tak bayar hutang PTPTN"

Peminjam: "Alaa..macamana la ni tuan?"

Pegawai bank: "Saya tak dapat nak tolong encik. Boleh saya tahu, apa tujuan encik membuat pinjaman ni?"

Peminjam: "Sebab saya nak langsaikan hutang PTPTN.
Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular