Sunday, August 18, 2013

Isu Mesir : Nah!! Kenyataan abang JIB yg ditunggu2? ambek ko..

Komen abang jibby:
Perdana Menteri berkata apa yang berlaku di Mesir itu perlu dijadikan iktibar kerana tuntutan perubahan yang dilakukan rakyat tidak semestinya membawa kepada perubahan seperti yang diharapkan.

"Ini adalah sebagai pengajaran yang boleh diambil iktibar kepada sesiapa yang diberi kepercayaan, bukan sahaja proses demokrasi berlaku, tapi apa yang boleh kita lakukan setelah dapat kepercayaan dari rakyat...kalau kita tuntut perubahan, tapi penyudahnya tidak seperti yang kita harapkan," katanya.

Najib berkata rakyat di negara ini perlu sedar bahawa sebarang perubahan terutamanya hasutan untuk berubah oleh pihak-pihak tertentu tidak semestinya akan membawa perubahan yang memberi manfaat kepada rakyat.

"Ada perubahan yang membawa kebaikan, dan mungkin yang akan membawa kepada keadaan yang lebih buruk, pengajarannya, rakyat kita jangan terpedaya dengan hasutan seperti 'ubah', 'ini kali lah', kita tak tahu apa kesudahan sama ada pihak yang kita beri kepercayaan itu mampu tadbir negara kita lebih baik daripada yang dikecapi sebelum itu," katanya. - Pakatan Rakyat Supporters

PAS MELAKA BATAL JAMUAN RAYA, GANTI DENGAN SUMBANGAN PADA RAKYAT MESIR
Melaka : Badan Perhubungan PAS Melaka membatalkan jamuan Hari Raya Aidilfitri tahun ini bagi menghormati nasib yang dihadapi umat Islam dan rakyat Mesir yang dizalimi oleh rejim tentera.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari berkata PAS Melaka menghormati penderitaan umat Islam Mesir yang terus dizalimi oleh rejim kerajaan zalim.

'Pas Melaka mengambil sikap mengantikan jamuan Aidilfitri kepada dana rakyat mesir yang dizalimi. Bagi PAS kawasan dan cawangan yang sudah bersedia mengadakan sambutan aidilfitri, disarankan mengadakan secara sederhana disamping mewujudkan dana bantuan untuk rakyat mesir." ujar beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

Adly membuat kenyataan tersebut di dalam facebook beliau.

Keputusan yang dibuat oleh beliau telah mendapat sokongan penuh dari semua kepimpinan PAS Negeri dan Kawasan-Kawasan.

Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas Melaka yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Tangga Batu, Ustaz Mohd Nor Omar berkata keputusan ini sangat dipersetujui demi membuktikan solidariti kita bersama saudara-saudara kita di Mesir.

'Sangat setuju, rasa bersalah kita makan-makan, ikhwan kena makan' ujar beliau ringkas

Antara pimpinan PAS Kawasan yang menyatakan persetujuan dengan keputusan ini ialah Yang Dipertua PAS Kota Melaka, Harun Mohamad dan Yang Dipertua PAS Bukit Katil, Mohd Sofi Abdul Wahab.

Sementara itu Bendahari PAS Melaka, Husni Ali berkata semua sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank PAS Melaka yang boleh diperolehi di dalam blog Pas Melaka iaitu http://pasmelaka.blogspot.com.

Majlis sambutan Aidilfitri PAS Negeri Melaka sepatutnya diadakan pada 24 Ogos ini di Bukit Katil, segala persiapan awal telah diadakan sejak minggu lepas.

Pas mendesak Malaysia yatakan pendirian
KOTA BHARU - Pas mendesak Malaysia menyatakan pendirian terhadap tindakan kejam rejim tentera di Mesir susulan kekejaman yang berlanjutan lebih sebulan lalu.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, Malaysia perlu bertegas menentang amalan tidak demokratik itu dengan apa cara sekalipun termasuk melalui persidangan Parlimen.

“Bila Pas minta, Presiden Pas buat tuntutan, minta supaya persidangan Parlimen tergempar diadakan, kita nak nyatakan pendirian Malaysia, ini adalah amalan tidak demokratik, negara-negara EU, negara-negara Eropah, panggil duta-duta Mesir, ke London, Belgrate, Paris, duta Mesir kena panggil menyatakan bantahan keras,” katanya.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular