Monday, August 19, 2013

Kami belum puas menyamun lagi!! +Video

KES 1 : Tiada Keperluan Untuk Ahli Parlimen Isytihar Harta - Najib
PENDANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiada keperluan untuk Ahli Parlimen mengisytiharkan harta kerana mereka tidak mempunyai kuasa eksekutif.


Menurutnya, Ahli Parlimen boleh menjalankan aktiviti perniagaan selagi ia tidak melibatkan sebarang konflik kepentingan.

"Hanya anggota pentadbiran diminta untuk mengisytiharkan aset mereka supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh membuat pemeriksaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Hari Peneroka Kebangsaan di Felda Sungai Tiang dekat sini Jumaat.

Pada Rabu, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), Datuk Johan Jaaffar mencadangkan semua ahli Parlimen dan ahli dewan undangan negeri (ADUN) perlu mengisytiharkan harta setiap tahun kepada SPRM bagi membuktikan komitmen terhadap perang melawan rasuah. -mStar

KES 2 ; Mukhriz: Belum masa untuk semua Adun isytihar harta dan liabiliti.
ALOR SETAR: Kerajaan Kedah belum bercadang mewajibkan semua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) mengisytiharkan harta dan liabiliti mereka, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata ketika ini belum ada lagi konflik kepentingan yang memerlukan semua Adun berbuat demikian.

"(Hanya) di peringkat exco sekarang ini mesti isytihar harta dan liabiliti kepada saya. Itupun sulit, untuk pengetahuan saya sahaja. Ia seperti mana saya sebagai Menteri Besar mengisytiharkan harta dan liabiliti kepada Perdana Menteri," katanya kepada pemberita hari ini.

Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) Datuk Johan Jaafar sebelum ini dilapor sebagai berkata panel itu mencadangkan agar semua Adun dan Anggota Parlimen mengisytiharkan harta setiap tahun kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuktikan komitmen mereka untuk memerangi gejala rasuah.

Mukhriz berkata kerajaan negeri mengambil pendekatan yang serius berhubung kemungkinan berlaku sebarang perkara tidak diingini, dan dalam hal ini, setiap Adun faham akan tanggungjawab mereka.

"Untuk Exco, dari hari pertama mereka dah dimaklumkan perkara ini. Adun belum lagi. Kalau rasa perlu, kita akan pertimbangkan. Saya rasa ia bukan boleh didedah kepada umum," katanya.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mukhriz-belum-masa-untuk-semua-adun-isytihar-harta-dan-liabiliti-20381?cp



Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular