Tuesday, June 4, 2013

"PENULIS KIASU" PUJA PAS ATAU "BATU API"

ADUHAIII....Penulis "Kiasu" Ridhuan Tee. Di dalam akhbar Sinar hari ini (03 Jun 13), "Penulis Kiasu" tersebut tiba-tiba memuji dan memuja PAS. Siapa lupa bagaimana hebatnya "Penulis Kiasu" yang lebih Melayu dari Melayu berbangsa Tiong Hua ini mengutuk PAS sebelum PRU 13 yang lalu? Mengapa hari ini si Pengampu mula memuji dan memuja PAS? Tidak lain dan tidak bukan, mahu cari makan kerana mahu menulis apa jika tiada modal lagi?

Aku mahu jawab satu persatu hujah bodoh Sang Kiasu ini. Pertama, dia sebut semenjak kebelakangan ini pemimpin PKR semakin kurang ajar dengan PAS. Beliau mengambil contoh sikap Ketua Wanita PKR, YB Zuraidah yang mendakwa Kerusi MB Selangor adalah milik PKR sewaktu isu pengisian jawatan MB Selangor baru-baru ini. Hujah tersebut aku sokong, tetapi bukan mewakili PKR yang kurang ajar tetapi YB Zuraidah yang 'kurang ajar'. Aku sendiri telah menulis mengkritik Ketua Wanita tersebut di dalam blog ini sebelum ini. Ketua Pemuda PAS Selangor juga telah bangkit mengkritik sikap YB Zuraidah tanpa perlu menunggu Ridhuan Tee membuka mulut mengambil kesempatan. Sekarang, Ridhuan Tee sudah ketinggalan bas. Mengapa lembab sangat?

Hujah bengap beliau seterusnya adalah tentang perebutan kerusi yang bertindih di beberapa tempat di antara PAS dan PKR. Isu ini pun Ridhuan Tee terlewat bas kerana isu ini menjadi topik panas di alam maya di antara ahli-ahli dan penyokong PAS serta PKR. Masing-masing ada hujahnya tersendiri bagaimana berlakunya pertindihan kerusi. Adakah dengan itu hubungan PAS dan PKR tergugat? Jawapannya tidak kerana kami ahli-ahli PKR dan PAS sedia maklum kami bebas mengkritik sesama kami demi untuk melihat parti pujaan Penulis Kiasu terkubur. Siapa tidak pernah mendengar Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim dikritik? Siapa tidak pernah mendengar Presiden PAS dikritik? Inilah hebatnya kami. Harapan Ridhuan Tee untuk melihat berlaku perpecahan di antara PAS dan PKR, kemudiannya PAS melutut dengan Umno samalah juga dengan harapan Ridhuan Tee untuk melihat dirinya berubah dari seorang Cina kepada Melayu.

Hujah Ridhuan Tee bahawa PAS meletakkan calon di Damansara kononnya atas alasan PAS tolak Sosialis ternyata hujah yang bangang. Bagaimana pula di Dun Sg Acheh? Siapa Sosialis di situ? Chegu Bard? Mengapa berlakunya pertindihan di situ? Ini bermakna hujah tolak Sosialis bukan hujahnya, tetapi adalah kerana percaturan pimpinan yang tidak tepat dan lewat buat keputusan untuk menentukan calon. Bukan masalah Kerusi tersebut asalnya Kerusi PAS yang mahu direbut oleh PKR kerana banyak Kerusi PKR pada asalnya milik parti tersebut diserahkan juga kepada rakan-rakan di dalam PR. Contohnya di Bentong. Parlimen Bentong PKR serahkan kepada DAP, bahkan di dalam Parlimen Bentong tiada satu pun Kerusi Dun diperolehi oleh PKR. Adakah PKR Tamak? Di Gelang Patah juga begitu, dan banyak berlaku di tempat lain. Ini menunjukkan hujah Ridhuan Tee bahawa PKR tamak Kerusi satu hujah yang kebudak-budakan.

"Penulis Kiasu" ini mendakwa PAS silap 'bertahalluf Siyasi" dengan PKR dan DAP. Hujahnya Tahalluf Siyasi tidak boleh berlaku dengan mereka yang menolak Islam. Cuba sebutkan satu hujah DAP tolak Islam? Adakah kerana DAP menentang hukum Hudud (atas faktor Perlembagaan) maka DAP tolak Islam? Adakah sikap DAP menentang rasuah, kronisme, menentang ISA, menentang kezaliman, menyokong hak asasi manusia dan berbagai lagi kemungkaran Umno/Bn itu sebagai bukti DAP tolak Islam? Jika di dalam 10 perkara yang dituntut oleh Islam, DAP hanya tentang satu perkara maka DAP tolak Islam? Bagaimana pula dengan Umno sendiri? Sudahlah Umno menentang Hukum Hudud, laksanakan pula amalan rasuah bahkan mengangkat pemimpin yang terang-terang rasuah. Usah ditanya kepada MCA dan Gerakan. Siapa tidak tahu apa yang Chua Soi Lek perkatakan tentang hukum Islam. Ridhuan Tee dibutakan matanya untuk melihat semua ini.

Baru-baru ini, Lim Guan Eng selaku KM P.Pinang menubuhkan Jawatankuasa Anti Murtad. Adakah ini bererti DAP anti Islam? Lim Guan Eng tidak perlu menunggu Hassan Jati mahu pun Zul Kulum untuk beliau laksanakan usaha membenteras gejala murtad ini. Biarlah Hassan Jati dan Zul Kulum menyalak siang malam bercakap pasal murtad, tetapi Lim Guan Eng lebih dahulu lakukan dari negeri-negeri di bawah Umno. Anti Islam kah DAP?

Cukup-cukuplah Ridhuan Tee mahu memperlihatkan kebodohan beliau. Jika mahu cari makan pun tolonglah malu sedikit dengan ilmu yang beliau ada walaupun terlalu sedikit tetapi carilah keberkatan.- WFAUZDIN NS

Apa yang ditulisnya mengambbarkan seolah-olah beliau adalah seorang ahli PAS yang amat taksub kepada pimpinan parti hingga tidak membenarkan pimpinan dan juga parti dikritik..

Tetapi hakikatnya beliau sedang cuba memporak-perandakan hubungan antara PAS dan juga PKR.. baca apa yang Ridhuan Tee tulis ni..

MUTAKHIR ini, PKR semakin kurang ajar dengan Pas. Sebaik sahaja PR berjaya menawan Selangor dalam PRU13, Ketua Wanitanya yang menang bertanding di kawasan saya, dengan bongkak berkata kerusi MB hak PKR. Cerminlah diri dahulu sebelum berkata, berapa kerusi Dun dimenangi.

PKR juga marah kepada Pas kerana menyebabkan mereka kehilangan kerusi Dun Kota Damansara dan Semenyih kerana Pas turut bertanding di sana. Jika tidak, PKR kononnya mendakwa, sudah tentu mereka mendapat dua tambahan kerusi menjadi 16, berbanding 14 yang diperoleh sekarang.

Ringkasnya, PR kalah di semua tujuh kerusi yang ditandingi sesama mereka melawan Umno. PKR menyalahkan Pas kerana ‘mengacau’ kerusi mereka.

PKR tidak membuat muhasabah diri, siapakah pemilik asal kerusi Dun tersebut. Kalau boleh, semua kerusi mahu ditandingi bersama ultra kiasu, mengetepikan Pas.

Kadang kala, saya kasihan melihat Pas. Pas terlalu banyak berkorban untuk orang lain, sampai dirinya sendiri terkorban. Pas kelihatan seperti melukut di tepi gantang. Sedangkan, majoriti rakyat tidak sukakan Umno bersama Pas, bukan PKR, kecuali ultra kiasu.

Itupun Pas masih dipersalah oleh parti baru setahun jagung ini yang menyangka dirinya kuat. Tunggulah pemimpin nombor satunya ‘pencen’, kita akan lihat bagaimana rakusnya perebutan kuasa nanti.

Muhasabah untuk Pas, semua berlaku ada hikmahnya. Saya hormati pendirian Pas. Pas tidak mahu bersubahat dengan sosialis sekularis. Mereka ini menjadi duri dalam daging, menentang agenda Pas tegakkan negara Islam. Mereka tidak faham, jahil Islam, dan cuba berlagak hebat. Sebab itu PKR tidak ada majlis ulama, berbanding Pas. Jika adapun ulama PKR, mereka berada dalam dilema untuk jatuhkan hukum.

Saya memuji Pemuda Pas Selangor yang berani menempelak PKR, kerana kecabulan mulut pemimpin mereka menghina pemimpin Pas di khalayak ekoran ‘kehilangan’ dua kerusi tersebut.

Menurut Pas, PKR tidak seharusnya membuat kenyataan seumpama itu jika PKR tidak faham makna tahaluf siyasi. Memang PKR jahil soal selok-belok Islam. Mereka sanggup melakukan matlamat menghalalkan cara dengan memberikan laluan kepada calon sosialis sekularis.

Sosialis sekularis sukar memahami istilah ini kerana mereka tidak pernah terlibat dalam gerakan Islam. Mereka bekas ahli Umno yang kecewa dan ingin membalas dendam terhadap Umno. Mereka biasa hidup selesa. Mereka lebih selesa bersama ultra kiasu DAP daripada Pas. Pas mesti berhati-hati agar tidak diperalatkan dalam usaha tahaluf siyasi.

Untuk makluman pembaca, tahaluf siyasi merupakan konsep atau perjanjian dua pihak atau lebih untuk menjalin kerjasama menghadapi lawan, yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi dalam beberapa bidang yang dipersetujui, untuk menghadapi ‘musuh atau lawannya’. Misalnya, kerjasama Pas dengan PKR dan DAP (walaupun menentang Islam) untuk melawan Umno. Sudah tentu ada ahli Pas berbelah bahagi dalam isu ini. Umno juga orang Islam dan mahukan Islam, cuma cara berbeza.

Sebahagian ulama seperti Sheikh Muhammad Qutb dan al-Syeikh al-Imam Abu Nasr Muhammad bin Abdullah, dengan tegas menolak langsung sebarang usaha melakukan kerjasama dengan mereka yang menentang Islam. Mereka hukumkan kerjasama ini haram. Ada juga ulama yang mengharuskan tahaluf siyasi seperti Dr Yusuf al-Qaradhawi, Dr Mustoffa al-Tohhan dan sebagainya.

Justeru, pelaksanaan tahaluf siyasi perlu dibuat secara berhati-hati, bukan semberono, sebab rakan dalam PR menentang agenda Islam Pas. Lagipun, Pas adalah parti jauh lebih senior daripada lain. Rata-rata kerusi dimenangi oleh PKR hari ini adalah milik Pas dahulunya. Pas serahkan kepada ultra kiasu Melayu atas dasar tahaluf siyasi.

PKR tidak ada apa-apa jika Pas tidak membantu dan menyokong mereka. Pas berdiri selama ini pun tanpa bantuan PKR, walaupun banyak kali kalah. Justeru, janganlah PKR terlalu takbur. Pas yang mematangkan PKR. Sebenarnya, PKR hidup atas belas ehsan Pas.

Sama juga seperti kedudukan MCA. MCA dapat bertahan sehingga ke hari ini kerana sokongan orang Melayu (Umno).

Kesimpulannya, Pas perjuangkan Islam. Sudah tentu lebih baik daripada PKR. Saya pasti memilih Pas jika bertembung dengan PKR. Memangkah PKR belum tentu dapat pahala kerana mereka tidak memperjuangkan Islam malah bersekongkol dengan ultra kiasu berpandu kepada sosialis sekularis ~ Sinar Harian

Dulu dia kata.. "Sebab itu, dari dahulu saya katakan, berbincanglah dengan Umno, lebih banyak faedah. Umno begitu terbuka hari ini selepas PRU 12 2008. Umno sudah banyak berubah berbanding dahulu. Jika dahulu, kritik sahaja Umno, semua orang ‘digamnya’.

"Hari ini orang Umno sendiri mengkritik Umno. Mereka masih diberi peluang. Pada saya, Umno sudah jauh berubah berbanding dahulu. Umno mula bercakap soal integriti, transformasi dan sebagainya.

"Benar, masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Namun, usaha-usaha ke arah yang lebih baik sedang berjalan. Saya yakin, jika Pas ikhlas, Umno akan berubah lagi.

"Pokoknya, mulakan langkah pertama dengan Umno. Seingat saya, hari ini Umno masih berlapik apabila mengeluarkan kenyataan mengenai Islam, berbanding dengan ultra kiasu itu.

Tujuannya ialah memecah belahkan perpaduan antara PAS dan PKR seterusnya menyatukan antara UMNO dan PAS...

Lagi satu.. kebelakangan ini boleh dikatakan semua media tunggangan UMNO menghalakan serangan terhadap DAP dan PKR tetapi mengecualikan PAS dari serangan mereka..

Ini adalah satu cubaan untuk pecah dan perintah yang baik sekali... ASD

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular