Umum mengetahui keputusan PRU12 telah menunjukan betapa Media Sosial sebagai satu cabang medan tempur yang amat berkesan dalam mencetus "Tsunami Persepsi" yang akhirnya membawa kemenangan luar jangkaan kepada Parti Pembangkang dan mengakibatkan buat pertama kalinya dalam sejarah pilihanraya Barisan Nasional gagal memperolehi majoriti 2/3 di Parlimen.
Bukan setakat gagal memperolehi majoriti 2/3,bahkan BN turut kehilangan kerajaan negeri di Selangor,Perak,P.Pinang dan Kedah disamping negeri tradisi yang memang dikuasai pembangkang Kelantan dan W.Persekutuan.
Bertitik tolak atas kesedaran peri pentingnya pengelibatan penyokong Barisan Nasional dalam Media Sosial ini maka satu persatu individu muncul sebagai blogger dan facebooker Pro-Kerajaan yang secara sukarela tanpa disuruh tampil dialam siber menjadi Wira Wira yang tidak didendang.Bermula dengan secara berseorangan dan kemudiannya membentuk kumpulan kumpulan bloggers yang kita amat kenali hari ini.
Pada peringkat awal pengelibatan blogger/cybertrooper ini semuanya atas inisiatif dan perbelanjaan mereka sendiri dan langsung tiada pembiayaan secara langsung atau tidak langsung oleh pemimpin mahupun parti Umno sendiri.Hanya setelah @NajibRazak menyatakan "secara terbuka" akan kepentingan Pejuang Siber Pro BN,barulah dilihat individu atau kumpulan blogger/cybertrooper ini dilamar pemimpin mahupun Umno sendiri untuk dimantap dan diselaraskan gerak-kerja mereka.
Menjelang penghujung 2011 kita menyaksikan betapa Pejuang Pejuang Siber Pro BN ini mula mengimbangi kekuatan disebelah pembangkang dan tidak keterlaluan dan boleh kita katakan MENGATASI pejuang siber pembangkang.Disamping Unit Media Baru PPUM yang semua tahu bernaung terus dibawah Umno melalui sayap Pemudanya,wujud juga Kumpulan Kumpulan Blogger/Cybertrooper yang sama hebatnya dengan UMB yang dibiayai sepenuhnya oleh Umno,pemimpinnya ataupun dikhabarkan oleh agensi agensi tertentu.
Dialam maya mereka mereka ini dikenali dengan nama blog masing masing.Ada yang berwajah dan kebanyakannya tidak berwajah dan masing masing mempunyai gaya penulisan dan pembaca(pengikut) mereka tersendiri.Walaupun begitu dikalangan keluarga besar blogger/cybertrooper ini mereka saling mengenali satu sama lain.
Bersama pengiktirafan dari Umno mahupun pemimpinnya terhadap kehebatan individu mahupun kumpulan blogger ini turut mengiringi adalah DANA PEMBIAYAAN,dan ini telah mencetuskan beberapa pergeseran yang melibatkan individu mahupun kumpulan tertentu.Masing masing cuba menunjukan mereka atau kumpulan mereka lebih hebat demi merebut DANA yang dikatakan berjumlah ratusan ribu dan dikatakan juga mungkin mencecah jutaan RM.
Perbualan kedai kopi atau bila bloggers berpeluang berkumpul dalam program program yang dianjurkan hanya berkisar tentang "Sipolan tu blogger pemimpin sipolan","Sipolan tu dibayar sebanyak ini oleh sipolan itu" dan macam macam tanggapan lain yang semuanya berkisar akhirnya tentang soal WANG.Sebab itu sehingga hari hari terakhir berkempen sebelum PRU13 pun kita melihat TIADA PENYELARASAN dalam soal mempertahankan isu atau melakukan serangan terhadap pihak lawan.Masing masing dengan cara tersendiri mengikut kumpulan masing masing dan jika blogger itu tidak berada dalam mana mana kumpulan maka penulisan mereka akan condong kearah individu blogger atau kumpulan yang mereka MESRA.
Dalam banyak banyak kumpulan bloggers yang dikatakan wujud saperti diatas,wujud juga Kumpulan Blogger Elit yang rata rata menulis dalam Bahasa Inggeris yang dilihat kerap dalam program program yang melibatkan Perdana Menteri didalam mahupun diluar negara.Mereka mereka inilah yang senantiasa dijemput mengikuti lawatan PM keluar negara mahupun dihantar untuk program program diluar negara dari masa kesemasa.
Tapi yang lebih elit dari yang elit bila dikatakan wujudnya...
BLOGGER @NAJIBRAZAK dan BLOGGER ROSMAH MANSUR...
Siapa?Ntah sehingga hari ini aku sendiri pun tak pasti siapa...
Turut dikatakan wujud adalah...Blogger Hishamuddin..Blogger Zahid Hamidi...Blogger KJ...Blogger Ahmad Maslan...Blogger Tun M...Blogger Muhyiddin...Blogger JASA...Blogger BTN...Blogger ATM dan ntah apa apa lagi kumpulan...
Tidak dilupakan....KUMPULAN BLOGGER DUIT.
Itu semua aku tak mahu ambil peduli kerana tujuan artikel ini aku tulis hanyalah untuk memperkatakan tentang SIAPA SEBENAR BLOGGER DAN CYBERTROOPER PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK selama ini?Itu saja....
....dan persoalan diatas akan aku kupas tengahari nanti.
Terlalu banyak persoalan yang timbul tentang "keberadaan" Blogger @NajibRazak ini bila hari ini wujud satu gelombang menyerang PENASIHAT PM Allies Nor walaupun "target utama" serangan ini sebenarnya BUKAN Alies Nor tetapi @NajibRazak sendiri...
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment