Semua Raja-raja Melayu mesti dihormati...kerana Baginda adalah Payung Penyatuan semua kaum yg berlindung dibawah institut beraja yg diamalkan dinegara ini... tapi kenapa perlu bersikap double standard ...siapa yang ditangkap yg menghina Sultan Terangganu yang juga masa itu YDPA.. apa yang susah kerana mereka adalah ahli dan pemimpin UMNO diTerengganu..!!
NAMUN KITA RASA PELIK BINTI AJAIB kerana sampai skrg tiada apa2 berita tindakkan pada mereka itu ...
Adakah benar Undang2 Malaysia ini di cipta hanya untuk pembangkang atau adakah undang2 Malaysia ini untuk membela UMno? - Anak-anak pasir puteh ( Tokjanggut Kelate )
Najib perlu serah diri di balai polis, siasatan kes hina Sultan Kelantan!
Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpandangan mereka yang membelakangi titah sultan supaya dikembalikan royalti minyak mungkin boleh dikategorikan menghina raja.
Bekas Menteri Besar Kelantan itu menyatakan beliau membaca laporan akhbar berkenaan seorang wanita ditahan kerana menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
“Saya optimis pihak berkuasa akan menjalankan siasatan sebaik-baiknya,” tulis beliau di blognya.
Beliau menulis bahawa di sebuah negeri, pernah Sultan negeri berkenaan bertitah di dalam Dewan Undangan Negeri agar dikembalikan royalti minyak dan didaratkan gas yang ditemui di lautan negeri ke pantai yang terdekat.
Namun malangnya, kata beliau pembangkang di negeri berkenaan membelakangi titah Sultan.
“Barangkali ini juga boleh dimasukkan di dalam kategori menghina raja,” ujarnya.
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment