Monday, June 3, 2013

Rupanya YB Nurul Izzah "PENGGANAS SULU"?


NURUL IZZAH TAK DIBENAR MASUK SABAH : JAWAPAN PALING LAWAK
‘Kami Halang Nurul Izzah Demi Keselamatan Dan Keamanan Sabah’ – Musa Aman
970273_634876009873149_481459427_n
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah melarang Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar daripada memasuki negeri itu pada Khamis itu kerana kehadiran beliau boleh menjejaskan keselamatan dan keamanan di negeri itu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai masalah dengan tokoh pembangkang untuk memasuki negeri ini seperti yang terbukti menjelang pilihan raya umum baru-baru ini.

Beliau berkata, Sabah turut mengalu-alukan mereka yang “menghormati masyarakat awam, di mana ada undang-undang dan perintah untuk menegakkan keamanan dan keharmonian.”

“Bagaimanapun, jika kita mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kehadiran anda di sini akan menimbulkan ancaman kepada apa yang dinikmati oleh Sabah selama ini, anda tidak dialu-alukan di sini,” katanya dalam kenyataan itu.

“Kami mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa niat Nurul Izzah untuk datang ke Sabah kali ini mungkin tidak seperti tidak bermaksud apa-apa kerana beliau atau rakan-rakan pembangkangnnya akan menjadikan sebegitu,” kata Musa. - mStar
296230_375026872604071_1906694493_n
NURUL IZZAH PENGGANAS SULU?
Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar dihalang dari memasuki negeri Sabah. Beliau dilaporkan akan dihantar balik oleh imigresen Sabah sebaik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu semalam.

Tindakan ini semestinya menggemparkan negara. Bahkan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin, daripada BN sendiri merasa terkejut denagn tindakan ini dan segera memohon maaf kepada Nurul Izzah dengan menyelar tindakan Pejabat Ketua Menteri Sabah.

Negeri Sabah adalah salah sebuah negeri dalam Malaysia. Kebebasan warganegara untuk melancong, merantau dan pergi ke mana-mana sahaja negeri dalam negaranya sepatutnya tidak terbatas pada sesetengah negeri sahaja. Sabah bukannya sebuah republik atau negara lain yang boleh menentukan siapa yang boleh atau tidak datang ke negaranya. Selagi warganegara tersebut memiliki kad pengenalan yang sah, tidak mempunyai rekod jenayah serta tidak mempunyai masalah apa-apa dengan kerajaan Malaysia, apa hak Sabah untuk menghalang seseorang warganya untuk datang ke negeri tersebut?

Tatkala pengganas Sulu berjaya menjejak dan mendarat di daerah Lahad Datu, bertapak beberapa minggu sehingga akhirnya mengorbankan beberapa anggota keselamatan negara, Nurul Izzah pula yang baharu sahaja dinobatkan sebagai Ahli Parlimen yang sah dinafikan hak untuk sampai ke Sabah. Seorang ahli parlimen yang mempunyai kuasa menentukan arah tuju dan dasar negara serta boleh meminda perlembagaan melalui sidang parlimen tidak dibenarkan masuk ke salah sebuah negeri dalam negara ini!

Nurul Izzah dianggap seperti insan yang paling berdosa dan penjenayah paling kejam bagi rakyat Sabah. Mungkin beliau adalah pengganas Sulu yang paling dikehendaki atau individu yang memiliki senjata api dan boleh membunuh rakyat di sana. Kerana itu beliau diharamkan dari menjejak kaki ke negeri tersebut.

Insiden ini menunjukkan ada dendam yang tersimpan dari lubuk hati pemimpin negeri tersebut, maka mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat yang disenarai hitamkan tidak dibenarkan lagi datang ke Sabah pasca PRU ke 13 kerana ia boleh membawa malapetaka yang besar kepada BN di sana.Tsunami PRU ke 13 sudah melanda Sabah, dan hampir sahaja ia menenggelamkan ‘deposit tetap' BN di sana.

Demokrasi hitam yang melanda semenanjung kini telah menjalar jauh sampai ke Borneo, dan Sabah membuktikan bahawa perlunya reformasi keseluruhan dalam sistem pemerintahan negara. Rakyat wajar bangkit menuntut perubahan dan keadilan untuk keluar dari penjara demokrasi sempit yang dicipta oleh pemerintahan BN. Kerana itulah juga rakyat Sabah telah telah melaungkan suatu kalimat yang menggetarkan dan bersemangat sebagai tanda kebangkitan rakyat di seluruh negara : Ini kali lah!
379738_581980131841760_1075044602_n
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular