Monday, June 3, 2013

Gempaq!!! Zahid kena tampar...

Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar rakyat yang tidak bersetuju dengan proses pilihan raya berpindah ke luar negara ibarat terkena batang hidung sendiri, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul.


Beliau mengulas tindakan Umno BN mahu memfailkan lebih 50 petisyen membabitkan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Mahkamah Tinggi sebelum 11 Jun nanti.

"Sebelum ini Zahid Hamidi dengan angkuh menyuruh rakyat Malaysia yang tidak menerima keputusan PRU lalu supaya keluar dari negara ini.

"Kenyataan Zahid ini tidak ubah seperti menjilat ludah sendiri apabila Umno BN pula mahu failkan petisyen pilihan raya. Mungkin mereka sendiri pun sudah tidak yakin dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," ujar Johari sinis.

Justeru katanya, Zahid sepatutnya mengkaji terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan dan melemparkan tuduhan terhadap Pakatan Rakyat.

Zahid, yang juga Naib presiden Umno sebelum ini menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara lain.

Kenyataan itu turut disokong Timbalan Pengerusi Perhubungan BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang meminta rakyat yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya agar "duduk di dalam hutan".

Mengulas lanjut, Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani menambah, bilangan petisyen yang ingin difailkan BN menunjukkan tahap kepercayaan mereka kepada SPR jauh lebih buruk berbanding Pakatan Rakyat.

"Pakatan hanya (mahu fail petisyen) 30 lebih sahaja tetapi Umno BN lebih 50 petisyen, ini sudah parah dan terus memburukkan kredibiliti SPR sebagai badan bertanggungjawab.

"Jadi saya gesa, eloklah Pengerusi SPR dan timbalannya meletakkan jawatan ekoran krisis kepercayaan oleh parti yang bertanding dalam PRU lalu," ujarnya. - sharpshooter

Assalamaualaikum,,,
Dengar cerita UMNO akan failkan lebih 50 kerusi Parlimen dan DUN, atas sebab apa kalau bukan penipuan dan kelemahan SPR! Maknanya kalau PR mendakwa PRU 13 tidak bersih, maka ianya disahkan oleh petisyen BN.Jadi macam mana keputusan PRU itu hendak diterima sedangkan BN sendiri tidak yakin dengan SPR?

Tindakan BN menghantar petiseyen dan sekiranya petisyen mereka diterima dengan alasan penipuan atau kelemahan pengundian akan mencalar reputasi dan intergriti SPR.Patutlah BN mahu rakyat terima keputusan dan membuat bantahan mengikut saluran yang ditentukan.

Jadi perhimpunan black out 505 tidak patut diadakan, itu barangkali mesej yang hendak BN sampaikan menerusi petisyen mereka, tetapi apa yang berlaku di hari mengundi tidak dapat diubah dengan apa cara sekalipun.

Kejadian kejadian selepas PRU 13 menunjukkan tiada perlunya petisyen BN di hantar kerana kerusi yang mereka tewas disebabkan tidak mampu mengatasi undi rakyat dengan menipu.Itu fakta yang tidak dapat dinafikan sedangkan bagi kerusi yang mereka menang, banyak dimenangi secara penipuan walaupun ada kerusi yang tidak dipetisyenkan oleh PR.

Itulah bezanya petisyen BN dan PR.Walaupun BN cuba membuktkan adanya penipuan di kerusi yang mereka tewas, penipuan itu dilakukan untuk menambah undi kepada mereka seperti yang berlaku di Port Klang, di Lembah Pantai di Serdang dan banyak tempat lagi.

Bagi kerusi Pekan dan DUN Kijal pula umpamanya walaupun tiada petisyen oleh PR tetapi penipuan besar besaran berlaku di sana.Tiada halangan lagi, semua yang ada boleh nampak dengan jelas.

Persoalannya kenapa BN hantar petisyen? Apakah sudah ada perjanjian antara mereka dan mahkamah untuk menterbalikkan keputusan bagi memberikan mereka kuasa 2/3 di Parlimen?

Petisyen BN amat meragukan dan menakutkan tetapi seandainya BN menang walaupun satu kerusi, SPR sudah sah tidak berwibawa lagi.Pengerusi dan anggota SPR perlu meletakkan jawatan!

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular