Wednesday, June 5, 2013

“Saya akan nasihati beliau,” kata Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan akan menasihati Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang mempertikaikan pelantikan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai pegawai perhubungan politik di pejabat menteri besar Selangor.

Ketua Pembangkang itu memberi jaminan berkenaan ketika disoal pemberita di Ibu Pejabat PKR si sini, berhubung kenyataan Azmin yang berkata anggota parti kurang senang dengan pelantikan Saifuddin tersebut.

“Saya akan nasihati beliau,” kata Anwar ringkas kepada pemberita.
Laporan Sinar Harian Online hari ini memetik kenyataan Azmin yang menyebut bahawa anggota parti berkenaan juga merasakan bahawa keputusan tersebut seolah-olah melupakan pemimpin Selangor yang lain.

“Kalangan ahli melahirkan rasa kurang senang dengan keputusan tanpa perbincangan parti malah seolah-olah melupakan pemimpin Selangor yang berjaya memenangi hati rakyat serta menang dalam pilihan raya umum ke-13 lalu,” kata Azmin dipetik Sinar Harian Online.

Akhbar berkenaan juga turut memetik kenyataan Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shaifei yang menuntut agar menteri besar menjelaskan peranan Saifuddin di jawatan tersebut.

“MPN (Majlis Pimpinan Negeri PKR) Selangor akan meminta penjelasan lanjut dari Tan Sri Abdul Khalid (Ibrahim) kerana timbul pertanyaan mengapa pula setiausaha agung PKR selaku ahli politik boleh dilantik ke dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor,” katanya.

Sementara itu, Saifuddin sendiri dalam satu lagi laporan di halaman sama berkata beliau hanya akan mengetahui bidang tugas berkenaan apabila bertemu Khalid pada hari Jumaat.

Bagaimanapun, beliau berkata tugas berkenaan antara lainnya melibatkan usaha memperkukuh kerajaan negeri dan membina kekuatan pengaruh lebih luas di kawasan yang tidak dikuasai Pakatan Rakyat.

Azmin, yang juga ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antrabangsa sebelum ini dilaporkan mempunyai krisis dengan Abdul Khalid berhubung pelantikan menteri besar di Selangor.

Perkara itu bagaimanapun berjaya diselesaikan dan Abdul Khalid kekal sebagai menteri besar mengetuai negeri terkaya di Malaysia itu bagi penggal kedua.

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular