Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata kementeriannya tidak pernah menyediakan sebarang laporan kesihatan berhubung dakwat kekal dan Suruhanjaya Pilihan Raya juga tidak pernah meminta kementerian berbuat demikian,
Subramaniam berkata demikian ketika ditanya jika peratusan bahan aktif dalam dakwat itu – argentum nitrat – perlu dicairkan kepada satu peratus untuk mengurangkan risiko barah.
"Saya tak pasti, anda perlu tanya SPR tentang ini. Jika anda mahu tahu jika mereka ada minta kami sedia laporan demikian, seingat saya tiada...
"Kalau mereka (SPR) pernah minta dan kami pernah sediakan laporan itu, pasti ceritanya lain tetapi, saya kurang pasti, kami boleh semak perkara ini," katanya dalam satu sidang media hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang mendakwa kandungan argentum nitrat dalam dakwat kekal itu terpaksa dikurangkan.
Ahmad mendakwa pengurangan tersebut menyebabkan ia hanya mampu bertahan selama sepuluh jam sahaja kerana kandungannya yang tinggi akan meningkatkan risiko barah. - Mk
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment