PARA PENGIKUT DAN PENYOKONG ZULHASNAN BERDEMO MAUKAN BELIAU TERUS DIKEKALKAN SEBAGAI CALON PARLIMEN SETIAWANGSA!!!!!... UMNO SEMAKIN PARAH MENUNGGU REBAH!!!
Malam tadi lebih kurang 150 penyokong dan pengikut setia Ahli Parlimen Setiawangsa Dato' Seri Zulhasnan Rafique telah membuat demo membantah tindakan Najib Razak menolak Zulhasnan sebagai calon UMNO/BN di Parlimen P118 Setiawangsa.
Penolakan Najib telah membangkitkan rasa marah dan tidak puas hati para penyokong UMNO Bahagian Setiawangsa.. Jumlahnya dikatakan agak besar juga.
Bantahan terbuka ini menunjukkan betapa pergolakan dalam UMNO selepas diumumkan nama-nama calon UMNO/BN semakin parah dan bakal menunggu rebah.
Zulhasnan Rafique dikatakan agak popular dikalangan para pengokong, ahli dan pengikut UMNO bahagian Setiawangsa.
Tidak hairan jika akan berlaku tindakan sabotaj, cantas mencantas dan cah keting di Parlimen Setiawangsa kali ini.
Pada PRU 12 yang lalu, kemenangan Zulhasnan banyak bergantung kepada undi pos..Tapi jika diikutkan pemberontakan dalaman, undi pos pun tidak mungkin akan menyelamatkan Setiawangsa gugur ditangan Pakatan rakyat pada PRU 13 ini. - Omakkau
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
No comments:
Post a Comment