Wednesday, April 17, 2013

Gempaq!! Calon Harapan BN Guna Ijazah Palsu? "Sayangi Selangor Yakini BN" kah kah kah +Video

Pendedahan terbaru yang diterima mengejutkan.
Pengarah Strategi Pilihanraya DAP, Dr Ong Kian Ming mendedahkan lima calon parlimen dan DUN Barisan Nasional (BN) dikesan menggunakan ijazah palsu bagi tujuan mempengaruhi Pengerusi BN, Najib Altantuya untuk bertanding.

Ternyata program transformasi Najib Altantuya yang mencanangkan calon yang dipilih adalah berdasarkan kemampuan individu termasuk mempunyai kelulusan akademik yang tinggi cuma sandiwara semata-mata.

Kian Ming mendedahkan kelima-lima nama calon BN yang diletakkan untuk bertanding di kerusi parlimen dan DUN untuk BN Selangor dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Kelima-lima mereka yang dimaksudkan adalah;

1) P 103 Puchong - A Kohilan Pillay (Gerakan)
2) P 110 Klang - Teh Kim Poo (MCA)
3) N 33 Taman Medan - Ab Wahab Ibrahim (Umno)
4) N 47 Pandamaran - Ching Eu Boon (MCA)
5) N 25 Kajang - Lee Ban Seng (MCA)

Menurut Kian Ming, kelima-lima mereka ini tidak mempunyai ijazah yang sah yang dikeluarkan dari universiti yang diiktiraf oleh kerajaan.

A Kohilan Pillay yang akan bertanding menentang calon Pakatan Rakyat, Gobind Singh Deo rupanya menerima ijazah sarjana (Master) dalam bidang Commercial and Industrial Economy (sic) dari Pacific Western University di Amerika Syarikat yang disenaraikan sebagai universiti dianggap kilang ijazah palsu (mill degree).

Bagi Teh Kim Poo pula, walaupun menjawat jawatan sebagai pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), rupanya sijil kedoktoran (PhD) dalam bidang pentadbiran perniagaan dari New Port University juga di Amerika Syarikat juga diragui status kesahihannya.

Ini kerana menurut bekas ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, pada 2006, universiti berkenaan juga merupakan universiti yang mengeluarkan kilang ijazah palsu seperti yang disiarkan di dalam akhbar The Star pada 2009.

Universiti ini jugalah yang mengeluarkan PhD yang diragui kepada BEKAS menteri besar Pelis, Md Isa Sabu pada 2007.

Sementara calon BN bagi kerusi DUN Taman Medan, Ab Wahab Ibrahim, yang mendakwa mendapat PhD dalam bidang perkhidmatan awam dari Universiti Antarabangsa Ireland juga diragui kesahihannya.

Stesen penyiaran British BBC melaporkan universiti itu mengeluarkan ijazah palsu kerana melanggar peraturan operasi universiti pada 2008.

Tidak ketinggalan juga, penggerak syarikat jualan langsung CNI iaitu Ching Eu Boon juga terpalit dengan penipuan ini.

Kian Ming dalam siasatannya mendakwa ijazah PhD dalam bidang rangkaian perniagaan (network marketing) dari Universiti Antarabangsa St George dari Amerika Syarikat juga dikesan mengeluarkan kilang ijazah palsu.

Bagi calon BN Kajang, Kian Ming mendakwa Lee Ban Seng yang mendapat ijazah pertama dari Universiti Rutherford (dahulu dikenali dengan nama Senior University International and Stratford International University) juga tergolong dalam kategori yang sama.

Jika kesemua mereka yang disenaraikan BN untuk dicalonkan bagi menentang calon Pakatan Rakyat, ini bakal membawa padah terhadap sistem dan kepercayaan wakil rakyat sekaligus imej negara di peringkat antarabangsa seperti Kohilan yang merupakan BEKAS timbalan menteri luar terjejas.

Kian Ming juga mencabar kesemua nama yang disenaraikan ini untuk membuktikan bahawa siasatannya tidak benar dan menyeru rakyat supaya menolak calon BN yang menggunakan ijazah palsu semata-mata untuk menjadi terkenal dan mengaut kekayaan untuk diri dan keluarga. - JALAN PULANG

Harakahdaily,
17 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Luar Negeri A Kohilan Pillay adalah antara lima calon BN yang didakwa DAP memilik sijil kelulusan pengajian tertinggi yang bermasalah.

Strategis pilihanraya DAP Ong Kian Ming (gambar) berkata Kohilan bersama Teh Kim Pooh, Pengerusi Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA), Ching Eu Boon dan Lee Ban Seng dari MCA dan Ab Wahab Ibrahim, ketua hal ehwal agama Umno memiliki sijil kelulusan pengajian tertinggi daripada universiti yang pernah dibuktikan menjual ijazah.

“Ini adalah sangat mendukacitakan apabila lima daripada calon BN, dua di parlimen dan tiga di DUN, mengemukakan kelulusan akademi daripada institusi yang boleh disifatkan sebagai kilang ijazah, atau erti kata lain daripada universiti dan kolej yang memberikan ijazah palsu dengan bayaran,” kata Ong dalam satu kenyataan hari ini.

Ong mendakwa Kohilan, yang dipilih menjadi calon kerusi parlimen Puchong mendapat ijazah Sarjana Sains Perdagangan dan Ekonomi Industri dari Pacific Western University, Amerika Syarikat (AS), sebuah institusi pendidikan yang pernah disaman dan ditutup selepas didapati menjual ijazah.

Calon bagi kerusi parlimen Klang pula, Teh Kim Pooh didakwa Ong mendapat Ijazah Doktor Falsafahnya dari New Port University – sebuah universiti yang diragui.

Calon DUN Taman Medan, Abdul Wahad dari Umno pula mendapat PhD dalam Pentadbiran Awam dari Irish International Universiti yang dilaporkan palsu pada 2008 oleh British Broadcasting Corporation, kata Ong.

Ching dan Lee, masing-masing calon BN untuk Pandamaran dan Kajang pula didakwa Ong mendapat ijazah daripada St George University International dan Universiti Rutherford di AS, yang disebut sebagai ‘kilang ijazah’.

“Calon yang merasakan mereka perlu ‘membeli’ ijazah, samada di peringkat sarjana muda, sarjana, telah menyebabkan integriti mereka diragui.

"Jika calon-calon ini sanggup menipu pengundi mengenai kelulusan akademi mereka, iaitu salah satu aspek penting di dalam hidup seseorang, mana aspek lain dalam kehidupan yang calon ini sanggup menipu termasuk perkara-perkara yang melibatkan kepentingan awam seperti pengurusan dana awam serta tanggungjawab menggunakan sumber awam,” tegas Ong.

Ong mendesak lima calon BN untuk menjawab tuduhan beliau.

“Jika mereka gagal untuk menjelaskan pada pengundi, saya menyeru mereka untuk mengundurkan diri daripada bertanding,” tambah Ong.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed telah menegaskan bahawa integriti senarai calon BN telah disahkan.

Selepas Datuk Zulkifli Noordin dicalonkan di Shah Alam dan pendedahan Ong ini, rakyat akan bertanya apakah sebenarnya syarat-syarat untuk menjadi calon winnable Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sumber:













Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 17042013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13″ yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Lima calon Team Transformasi yang disifatkan yang terbaik pernah Umno-Barisan Nasional tawarkan untuk rakyat Selangor dipercayai tidak mempunyai sijil pendidikan tinggi yang sahih.

2. Kajian yang dijalankan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati sokongan pengundi Selangor terhadap PR menunjukkan peningkatan yang konsisten.

3. Rakyat dinasihatkan supaya tidak panik dengan pelbagai dakwaan akan berlaku huru-hara jika peralihan kuasa berlaku selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

4. Ahli keluarga allahyarham Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis memfailkan saman RM50 juta terhadap Polis Diraja Malaysia dan Kerajaan Malaysia.

Layari http://www.selangorku.com

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular