KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan tidak menafikan pihaknya bakal meletakkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Mungkin, saya tidak dapat nyatakan senarai itu (kerana esok akan diumumkan)," katanya dalam wawancara khas di pejabatnya di sini, semalam.
Nama Nasharudin ditanyakan terus kepada Ahmad memandangkan BN mengumumkan meletakkan 31 peratus calonnya kali ini dari kalangan profesional dan ulama.
Nasharudin atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Nasha, yang dipecat dari Majlis Syura Pas - dilihat antara ikon yang cukup menyerlah dan "mesra" Barisan Nasional.
Pada tahun 2008 beliau bertanding di Bachok.
Gambar beliau bersama Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatan ke luar negara mengundang kritikan keras pimpinan Pas.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pihaknya menerima banyak nama calon yang layak, namun yang terpilih itu adalah yang terbaik daripada yang terbaik.
Menurut Ahmad, kepimpinan yang memutuskan senarai calon ini begitu teliti dalam membuat keputusan dan memandang berat semua aspek.
Malah ujarnya, tidak hairanlah untuk memutuskan calon ulama itu sendiri, beberapa siri pertemuan diadakan sebelum ini.
"Mereka juga sebahagian besar yang menghantar senarai calon itu, tiga empat kali berjumpa dengan presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung.
"Kita ada juga kumpulan-kumpulan yang tertentu yang memberikan nama-nama yang berkaitan. Pada masa yang sama juga, mereka perlu dibersihkan daripada tapisan-tapisan SPRM, insolvensi dan sebagainya," jelas Ahmad.
Ditanya apakah mesej yang cuba disampaikan dengan mengetegahkan golongan ulama ini, Ahmad berkata, ia bukanlah perkara yang baru cuma dari segi jumlahnya, ia bertambah untuk kali ini.
"Kita ini sensitif kepada suasana semasa. Kalau kita perlu di kawasan-kawasan tertentu ini calon dari kumpulan tertentu, maka kita akan pilih dari kalangan itu.
"Walaupun dia bukan lulusan universiti, dia bukan tidak langsung mendapat peluang jika tidak ada diploma, kalau dia cukup popular kerana kerajinannya di satu-satu kawasan, pucuk pimpinan juga memutuskan orang itu layak," ujar beliau. SH
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
No comments:
Post a Comment