Selain dari Ampang (posting sebelum ni), BN Selangor dibawah Mat Zin dan Noh Udang meletakkan calon UMporNO di Parlimen Gombak. Pun penuh kontroversi apabila seorang doktor juga Ahli Parlimen Gombak (zaman UMNO dulu la) beramas mesra dengan seorang Senator Dewan Negara. Kalau anak dara lainlah cerita, bini orang anak 3.. Kantoi dek suami senator tersebut..
Korang kenal bakal calon Ahli Parlimen Gombak Dato' Dr. Rahman Ismail? Orang Gombak masih ingat lagi siapa dia? cerita ni dah lama.. Tahun 2006 lagik.. Pada masa tu memang rakyat kureng dengan facebook (2006 aku baru nak blaja guna fesbuk, x banyak features) apatah lagi blog.. Alahai mudah sangat pimpinan BN lupa pada cerita-cerita lama yang mengakibatkan nama Dr ini digugurkan dahulu...
Berita tentang hubungan sulit Rahman Ismail (Ahli Parlimen Gombak ketika itu) dengan Senator Nor Hayati mejadi kecoh apabila gambar mesra mereka berdua tersebar meluas ketika berada di sebuah bilik di dalam hotel ketika Pilihan Raya Kecil Pengkalan Pasir, Kelantan pada tahun 2005. Tapi macam biasa lebih kurang setahun berlalu baru la gambar tu tersebar dan mereka menafikan ada apa-apa hubungan atau pernah bergambar bersama dalam keadaan begitu . Kata mereka gambar itu diadunkan secara superimpose oleh pihak yang ingin mencemar imej mereka...
Aku sebenarnya malas nak cerita panjang sebab pelbagai cerita dari banyak pihak buat aku pening kepala.. Mana pangkal mana hujung aku pun dah pening.. Korang google je la pasal kes ni.. Memang bersepah!!!
Tapi.. Aku nak tunjuk sesuatu yang lebih menjadi BUKTI kepada kes TANGKAP KHALWAT terhadap Bekas Ahli Parlimen Gombak, Dr Rahman Ismail bersama Bekas Ahli Dewan Negara, Senator Datin Paduka Norhayati Onn suatu ketika dulu.. Memag panas derrrrrrr.. 9 laporan polis dibuat termasuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor oleh SUAMINYA NORHAYATI SENDIRI ketika itu.
Suaminya pernah berkata "kes isteri saya ialah adakan hubungan sulit dengan orang lain. Ada gambar, video dan rakaman perbualan. Kenapa tiada tindakan? Ia melibatkan seorang Senator Dewan Negara dan pemimpin pergerakan Wanita Umno. MB Selangor ketika itu Khir Toyo anggap ini masalah keluarga sahaja dan sedikit pun tidak berasa malu orang bawahannya melakukan perkara terkutuk itu"
Suaminya pernah berkata "kes isteri saya ialah adakan hubungan sulit dengan orang lain. Ada gambar, video dan rakaman perbualan. Kenapa tiada tindakan? Ia melibatkan seorang Senator Dewan Negara dan pemimpin pergerakan Wanita Umno. MB Selangor ketika itu Khir Toyo anggap ini masalah keluarga sahaja dan sedikit pun tidak berasa malu orang bawahannya melakukan perkara terkutuk itu"
Dibawah ini adalah salinan Laporan Polis yang dibuat oleh suaminya pada 8 Oktober 2006 di IPD Shah Alam. Agak x clear, payah gak carik dalam google nih.. Kalau aku dapat yg lebih baik aku akan update..
Macai akan pertikaikan. Aku tau.. Biasalah, dah nama MACAI UMNO.. Dan aku sertakan sekali AKUAN BERSUMPAH suaminya Ir Mohd Suffian Abdul Aziz bertarikh 12 Oktober, 2006..
Banyak lagi nak keluar sebenarnya tapi pusing pusing pun cerita sama.. Dah terlalu banyak blogger2 otai lama yang dah main sejak 2006 lagi.. Cuma PADA MACAI PELIHARAAN UMNO, sebelum korang kata aku fitnah baik korang tanya sendiri pada pimpinan korang.. Atau DIAM SAHAJA!! Buat seperti admin PEMUDA UMNO seperti yang ditulisnya di fb..
UMNO MUNGKIN AKAN DIAM
TUTUP CERITA..
TETAPI RAKYAT BUKAN BODOH
BUKAN PELUPA..
Klik SINI untuk imbas sedikit SEJARAH HITAM UMNO GOMBAK yang telah menghuruharakan sebuah keluarga dan kesannya masih dibawa hingga hari ini..
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
No comments:
Post a Comment