Sekurang-kurangnya tiga kenderaan termasuk kereta yang dinaiki Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dirosakkan pihak tertentu yang tidak senang dengan program Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Johor hari ini.
Kedua-dua tayar kereta milik Penggerak Institut Peduli Rakyat (Peduli), Datuk Seri Abdul Rahman Maidin itu dirobek manakala cerminnya dipecahkan sebelum ia disedari kira-kira jam 1 petang.
Ketika kenderaan itu dirosakkan, kereta itu diletakkan hanya 500 meter dari balai polis Sungai Rengit, tidak jauh dari tapak perhimpunan berkenaan.
Selain itu, dua kereta yang dinaiki aktivis sosial, Hishammudin Rais dan wartawan Suara Keadilan, Sidiqin Omar pula disimbah asid pagi ini.
Kejadian yang disedari sekitar jam 7.30 pagi itu berlaku depan rumah yang mereka tumpangi di Jalan Teluk Ramonia, Sungai Rengit.
Asid itu dipercayai disimpan dalam plastik sebelum disimbah ke bonet dan pintu kiri kedua-dua kereta itu, menyebabkan cat kenderaan mengelupas.
Perbuatan itu dipercayai didalangi samseng Umno berikutan pelbagai program yang cenderung kepada Pakatan Rakyat diganggu kebelakangan ini termasuk tiga kali simbahan cat merah terhadap bas Merdeka Rakyat dan banyak lagi.
No comments:
Post a Comment