Wednesday, October 3, 2012

Gempaq!! 'Rakyat palsu' dalam daftar pemilih Johor +Video


Seorang warga Filipina, yang dilapor dipenjara kerana memiliki kad pengenalan palsu pada 2010, dikesan dalam daftar pemilih negeri Johor.

Pemblog pro-Pakatan Rakyat yang menggunakan nama "Milosuam" berkata, beliau menemui laporan Daily Express yang berpangkalan di Sabah bertarikh 21 September 2010 yang disalin dan disimpan dalam arkib Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). 


Laporan itu, yang turut dilaporkan dalam edisi bahasa Melayu akhbar itu Harian Ekspres, disiarkan dengan tajuk "Fake MyKad: Filipino jailed" (MyKad palsu, rakyat Filipinan ditangkap). 


Ia juga menyebut, majistret Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara setahun kepada lelaki 43 tahun itu pada 20 September 2010. "Samsul Salleh, dari Kg Likas dekat sini, mengaku bersalah di hadapan Majistret Cindy McJuce Balitus kerana menggunakan dokumen bernombor siri 670110-12-5035 dengan namanya sendiri," laporan itu dipetik. 

Semakan dengan sistem atas talian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan pengundi dengan nama sama - Samsul Salleh - layak mengundi di Permas, bawah parlimen Pasir Gudang di Johor. - mk



Mula minit 0:15, Dari Filipina Undi di PASIR GUDANG - sebar sebarkan... bukti PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI) guna IC PALSU boleh mengundi dalam Pilihanraya di MALAYSIA bila nama dan Nombor IC berdaftar dengan SPR !!! (rujuk video)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular