Saturday, October 6, 2012

Kahwin anak KM: SPRM ambil keterangan bos PKNM

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) Datuk Yusof Jantan sudah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan pembiayaan kenduri kahwin anak lelaki ketua menteri Melaka.


"Saya ada berjumpa SPRM pagi tadi," katanya sewaktu dihubungi Malaysiakini petang ini. 

Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin semalam membuat laporan kepada SPRM Melaka dengan membangkitkan kemampuan Mohd Ali menganjurkan majlis dengan kos setinggi RM600,000. 

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam Parlimen juga mendakwa terdapat penglibatan PKNM dan kerajaan tempatan dalam penganjuran majlis itu dan dana kerajaan digunakan tanpa bayaran. 

Beliau mendakwa, Yusof terlibat mempengerusikan persediaan mesyuarat mengenai persiapan hiasan luaran, kebersihan dan logistik majlis itu. Yusof bagaimana pun keberatan untuk mengulas dakwaan Mahfuz kerana kes itu menurutnya dalam siasatan SPRM dan beliau berpendirian Mohd Ali sumber terbaik untuk sebarang ulasan. "Saya bukan orang politik, biar ketua menteri saya jelaskanlah," katanya ringkas. 

Malaysiakini difahamkan Yusof telah bertemu Ali pada hari ini. Bagaimanapun tidak jelas tujuan pertemuan berikut. Majlis perkahwinan anak Mohd Ali mencuri perhatian ramai apabila dicatatkan dalam Malaysian Book of Records apabila dihadiri 130,000 tetamu dan menelan belanja RM600,000. Mk

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular