Sunday, September 30, 2012

Pecahan UNDI PRU-12.... bagaimana agaknya PRU-13 ini..

Berdasarkan keputusan PRU12 yang lalu, Barisan Nasional (BN) memperoleh kurang 51 peratus undi dan memenangi 140 daripada 222 kerusi parlimen, manakala Pakatan Rakyat (PR) pula berjaya memperoleh 48 peratus undi dengan kemenangan sejumlah 82 kerusi parlimen.
 
Bagaimanapun, 30 peratus daripada 10.9 juta pengundi berdaftar tidak keluar mengundi pada hari tersebut. Jika sekiranya kadar tersebut diambil kira, BN hanya memperoleh sokongan pada 36 peratus sahaja, manakala PR pula 34 peratus. 

Dan jika kita berpandukan pula dengan jumlah yang merangkumi 4 juta rakyat Malaysia yang berumur 21 ke atas dan tidak mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi, peratusan sokongan yang BN dapat hanya pada kadar 26 peratus, manakala PR pula akan mendapat 25% daripada itu. 

Statistik daripada PRU12 jelas menunjukkan bahawa kedua-dua gabungan parti-parti kerajaan dan pembangkang hanya memperoleh kadar undi yang lebih rendah daripada jumlah pengundi berdaftar yang tidak keluar mengundi. 

Hakikatnya adalah sejumlah besar rakyat Malaysia yang tidak mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi merangkumi kadar lebih kurang 27 peratus daripada jumlah mereka yang layak mengundi pada keseluruhannya. - Vote Pakatan Rakyat

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular