Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menolak cabaran debat dilontarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pembentangan bajet 2013 dibuatnya di Parlimen Jumaat lalu.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang mengulangi cabarannya itu selepas Menteri Kewangan itu menggunakan sebahagian masa dalam tempoh pembentangan bajet tersebut bagi menyerang dirinya dan pemimpin Pakatan Rakyat(PR).
“Saya secara bergurau berkata kepada Najib dalam masa lebih kurang setengah jam saudara menyerang saya. Apa kata kalau kita debat Najib dengan tajuk belanjawan? Dia sambil ketawa pegang beg terus blah (berlalu).
“Pimpinan ini dia mesti berani pertahankan hujahnya. Itu prinsipnya. Jadi kalau kita gunakan media untuk meuar-uarkan jadi alat propaganda dan tidak boleh diulas itu jadi masalah,” katanya ketika berucap dalam majlis Makan Malam Perdana Bersama Pimpinan PR di Stadium Malawati di sini malam Jumaat lalu.
Beliau berkata, selaku Ketua Pembangkang dia akan mengulas secara panjang lebar mengenai bajet 2013 yang dibentangkan Najib dalam sidang dewan pada Isnin ini serta berharap Perdana Menteri menghadirinya.
“Saya masih ingat semasa saya jadi Menteri Kewangan, saya tidak pernah tidak hadir ulasan awal Ketua Pembangkang walaupun pedih telinga (mendengar). Masa itu YB Lim Kit Siang jadi Ketua Pembangkang. “Bukan senang nak dengar tetapi saya fikir oleh kerana dia dengar ucapan kita selaku Menteri Kewangan maka wajarlah untuk menghormati sistem demokrasi dan memuliakan Parlimen,” kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Anwar cabar Najib hadir perbahasan Bajet 2013 hari ini
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri hadir ke perbahasan Bajet 2013 yang akan dibentangkan olehnya pagi ini.
“Esok (hari ini) 11.30 pagi, saya sebagai Ketua Pembangkang akan hadir di Parlimen.
“Saya cabar Najib hadir bagi mendengar ulasan saya mengenai Bajet 2013. Dia nak cakap (mencelah), saya bagi peluang untuk dia berhujah, barulah boleh jadi pemimpin. Ini huha huha depan geng dia, depan aku hang tak berani,” katanya disambut tepukan gemuruh hampir 2,000 hadirin di Dewan Sivik Taman Medan, sempena Jelajah Merdeka Rakyat peringkat Selangor semalam.
Ia ekoran tindakan Najib memanipulasi pembentangan Bajet BN Jumaat lalu sebagai medan untuk menyerang Pakatan Rakyat.
Malah Ketua Umum KEADILAN itu bersedia memberikan masa tambahan 10 minit kepada Najib jika berani menyahut cabaran debat itu.
Sehubungan itu, Anwar mengajak rakyat yang berkesempatan hari ini agar hadir dan mendengar penjelasan beliau melalui saluran media alternatif di sini.
Ini kerana ulasan beliau enggan dilapor media arus perdana termasuk RTM yang dibayar hasil wang pembayar cukai.
Dalam sesi itu, Anwar juga akan menyentuh mengenai pembatalan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), penurunan harga kereta, isu air, dan dasar kebajikan di negeri-negeri Pakatan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37107
No comments:
Post a Comment