Saturday, October 6, 2012

AES : Setiap syarikat layak mengambil RM16 daripada bilangan set saman sah

Automated Enforcement System – AES atau Sistem Penguatkuasaan Automatik

a) Apa AES? 

AES ialah suatu sistem penguatkuasaan yang dijalankan secara automatik 24 jam tanpa henti dan cara kerajaan malaysia di bawah Barisan Nasional berDAGANG dengan rakyat malaysia melalui tipu helah dan peras ugut mencari kesalahan.


 
b) Bagaimana AES berfungsi?
i) Kamera dipasang di lokasi yang telah dikenalpasti atau hot spot dan beroperasi 24 jam tanpa henti bagi memudahkan kerajaan yang zalim seperti BN mengumpul rm berbillion wang rakyat melalui saman saman dan saman. 

ii) Kamera disambungkan ke pengkalan data JPJ. 

iii) Apabila sesebuah kenderaan melalui kawasan tersebut, jika melebihi hadlaju yang ditetapkan, maka gambar kenderaan akan diambil dan dihantar ke pusat pemprosesan gambar serta pengkalan data JPJ. 

iv) Jika disahkan melakukan kesalahan, maka saman akan terus dikeluarkan kepada pemilik kenderaan. 

c) Siapa mengendalikan Kamera AES? Kamera AES akan dikendalikan oleh dua (2) Syarikat swasta iaitu 

i) Beta Tegap Sdn Bhd. yang menggunakan sistem Redflex daripada Australai; dan 

ii) ATES Sdn Bhd. yang menggunakan sistem Jenoptik Robot daripada Jerman 

d) Pendapatan daripada AES. Kadar pendapatan telah dipersetujui sejak 22/4/2009 dan telah dibentangkan kepada Kabinet pada 16/9/2009. Suatu Model Kewangan Tiga Langkah telah dipersetujui iaitu : 

i) Setiap syarikat layak mengambil RM16 daripada bilangan set saman sah yang dikeluarkan daripada hasil bayaran saman yang telah dijelaskan tertakluk kepada 5 juta saman. 

ii) Setiap syarikat mengambil 50% baki hasil bayaran yang telah dijelaskan (selepas ditolak jumlah di bawah langkah i) tetapi terhad kepada RM270 juta setahun. Kerajan ambil jumlah yang sama. 

iii) Setiap syarikat mengambil 7.5% baki bayaran saman yang telah dijelaskan selepas tolak langkah (i) dan (ii). Kerajaan juga sama. 
e) Peruntukkan dalam Akta berkaitan AES 

i) Seksyen 2 – memasukkan takrif “imej yang dirakam”,
ii) Seksyen 2 – memasukkan takrif”kesalahan berjadual”
iii) Seksyen 2 – memasukkan takrif “kesalahan yang dirakam melalui kamera”
iv) Seksyen 53 (1A) – Saman dianggap serah walaupun enggan terima
v) Seksyen 53A – Notis Kesalahan yang dirakam melalui kamera vi) Seksyen 53B – Kewajipan mengemukakan nama dan alamat 
vii) Seksyen 53C – Kewajipan untuk tidak memberikan, menyiarkan atau mendedahkan maklumat mengenai kesalahan yang dirakam melalui kamera.
viii) Seksyen 117 (11) – imej yang dirakam boleh diterima sebagai keterangan prima facie 
ix) Seksyen 46 – Jadual Kesalahan 

Jadual Pertama 

(i) Memandu melebihi hadlaju 
(ii) Tidak mematuhi isyarat lalu 
(iii) Memotong garisan berkembar 
(iv)Memandu di lorong kecemasan 
(v) Memotong & menghalang daripada memotong 
(vi) Memotong barisan 
(vii)Menggunakan telefon bimbit semasa memandu 

Jadual Kedua – Kesalahan yang dirakam melalui kamera 

(I) Memandu di lorong bas 
(ii) Memandu melebihi hadlaju 
(iii) Tidak mematuhi lampu isyarat 
TAHNIAH KERAJAAN BARISAN NASIONAL! KAMI LEBIH SEJAHTERA TANPA MU! kahkahkahkah. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular