Monday, September 3, 2012

Antara Dua Biadab : ujudnya dua set undang-undang yang berbeza dalam negara 1Malaysia

Tunjuk punggung pada gambar Rosmah biadab.. tapi kencing pada gambar Kit Siang dan Nik Aziz ni mulia? 
"Politik kebencian itu satu perkara yang cukup merbahaya dalam masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama," kata Hishammuddin, yang juga Naib Presiden UMNO. 

Beliau berkata demikian mengulas tindakan segelintir pihak yang memijak gambar Najib dan Rosmah Mansor pada malam sambutan hari kemerdekaan di Dataran Merdeka. Ini disifatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai tindakan melampau bagi menyemai bibit kebencian terhadap pemimpin negara. 

Sehubungan itu, beliau berkata polis akan menyiasat perkara itu dan seterusnya menyerahkan kepada pihak pendakwaan dan Peguam Negara untuk tindakan lanjut. Hishammuddin berkata perkara seumpama itu perlu ditangani dengan bijak dan cepat supaya ia tidak dieksploitasi pihak tertentu. 

Dengan itu Polis telah membentuk tiga pasukan khas bagi menyiasat tiga laporan yang dibuat membabitkan insiden di Dataran Merdeka, serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat dan berhubung tindakan penganjur 'Himpunan Janji Bersih' yang telah melanggar Akta Perhimpunan Aman 2011. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata dalam insiden pertama yang berlaku di Dataran Merdeka semasa Himpunan Janji Bersih, Khamis lalu, polis meminta individu terlibat mempamerkan bendera bagi menggantikan Jalur Gemilang supaya tampil membantu siasatan. Katanya, polis juga mahukan individu dalam insiden memijak dan menunjukkan punggung ke atas gambar pemimpin negara pada malam perhimpunan itu juga tampil memberi keterangan kepada polis. ********************************************** 
Maka dengan itu juga apa yang kita boleh lihat dari laporan berita yang dipetik dari Malaysiakini di atas ialah ujudnya dua set undang-undang yang berbeza dalam negara kita ini. 

Satu untuk kepentingan Pemimpin-pemimpin UMNO dan pencacainya manakala satu set lagi digunapakai terhadap rakyat jelata. 
Jika tindakan seorang pemuda menunjukkan punggungnya terhadap gambar Rosmah dianggap satu perbuatan melampau atau biadap.. bagaimanapula dengan tindakan pencacai-pencacai UMNO ini yang kencing terhadap gambar Lim Kit Siang. TG Haji Hadi dan juga TG Nik Aziz? Adakah perbuatan mereka ini satu perkara yang boleh dibanggakan oleh Hishamuddin kerana mereka pencacai UMNO?
 
Yang menunjukkan punggung kepada gambar Rosmah itu ialah seorang pemuda dan ianya dikatakan biadap oleh Hishamuddin.. bagaimana pula tindakan pencacai UMNO yang tua nak mampos ini pula? menunjukkan kemaluan dan kencing gambar Kit Siang dan Guan Eng? 

Betul kata Hishamuddin "Politik kebencian itu satu perkara yang cukup merbahaya dalam masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama," dan perlu dihentikan.. Tapi... meskipun menggunakan penasihat Yahudi.. mereka mengenepikan kata-kata pemimpin Yahudi ni.. “There are no two states of Israel, just one state,’’ kata Shimon Peres, pengganti Katsav’s sebagai Presiden. “There are no two kinds of citizens here. . . . All are equal in the eyes of the law.’’ So.. There are no two states of Malaysia, just 1Malaysia.. but are we have two kinds of citizens and law here...

Guan Eng: Dakwa Perkasa kerana pijak potret saya 
KUALA LUMPUR, 30 Aug — Ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, hari ini meminta Polis Di Raja Malaysia (PDRM) agar mengambil tindakan kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) kerana pernah memijak potretnya satu ketika dahulu. 

Lim dalam kenyataannya mengecam tindakan berat sebelah dan sikap memilih yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN) dalam menangani isu beberapa anak muda memijak potret perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak, sewaktu sambutan ambang Kemerdekaan anjuran Gabungan Janji pada malam Khamis lalu. “Adakah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, boleh berjanji pihak kementeriannya akan bertindak tegas dan mengikut lunas perundangan ke atas penyokong BN yang melakukan aksi sama ke atas pemimpin Pakatan Rakyat seperti individu yang memijak potret PM?” kata Lim dalam satu kenyataan yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini. 

Dalam insiden bulan Mei lalu, potret Lim telah dipijak oleh ahli Perkasa di Komtar dan melakukan upacara simbolik pengkebumian dihadapan rumahnya di Pulau Pinang akan tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan susulan diambil oleh pihak berkuasa ke atas tingkahlaku biadab tersebut. 
Lim juga membangkitkan isu “tarian punggung” yang berlaku diluar rumah Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan, dan mempertikaikan sikap parti komponen BN bukan Melayu yang berat sebelah kerana mengutuk tindakan memijak potret PM tetapi tidak mengambil tindakan sama apabila beliau yang berbangsa Cina diperlakukan dengan aksi sama. 

“Presiden Gerakan dan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, mengutuk tindakan potrait PM dipijak tetapi berdiam diri apabila gambar saya dipijak,” tambah Ketua Menteri Pulau Pinang. MI

Pijak Gambar Pemimpin Negara Perbuatan Melampau 
Bersama ini disertakan teguran dan kritikan yang dibuat oleh pimpinan UMNO/BN berhubung peristiwa memijak gambar DS Najib oleh beberapa peserta 'Janji Bersih' pada malam 30hb Ogos. 

PAS sememangnya menganggap ianya tindakan liar yang tidak menepati politik Islam yang seharusnya menunjukkan contoh dan akhliak yang tinggi. 

Kami menyeru semua ahli, penyokong dan pengikut PAS dan parti-parti politik PR supaya jangan terikut-ikut dengan corak politik tidak berakhlak yang ditaja oleh UMNO/BN. Mereka bukan guru kami dan oleh itu budaya politik samseng dan tidak berakhlak itu perlu dijauhi sekiranya kita ingin membawa perubahan dan perbezaan. 

Bersama ini turut disiarkan gambar-gambar penyokong UMNO memijak gambar saya, DSAI, LGE dan TS Abd Khalid Ibrahim yang telah berlaku jauh lebih awal tanpa apa-apa teguran oleh pimpinan UMNO. 

Jangan kita terikut dengan cara-gaya mereka. Kenyataan pimpinan UMNO yang jelas hipokrit adalah seperti berikut:- 

Tindakan segelintir pihak memijak gambar (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor) disifatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai tindakan melampau bagi menyemai bibit kebencian terhadap pemimpin negara. 

Sehubungan itu, beliau berkata polis akan menyiasat perkara itu dan seterusnya menyerahkan kepada pihak pendakwaan dan Peguam Negara untuk tindakan lanjut. “Politik kebencian itu satu perkara yang cukup merbahaya dalam masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama,” kata Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno, kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pengkalan Chepa di sini, Sabtu.  

Berita ihsan UTUSAN dan SINI, gambar sekadar hiasan dari sekitar Internet. -Pejabat YB Khalid Samad-

Berkaitan: Pijak Gambar Pemimpin Mendukacitakan (TG Nik Aziz)


KALAU GAMBAR PEMIMPIN2 UMNO DIPIJAK..KAMU MENGAMUK 'BAGAIKAN NAK PECAH BUMI'..TP BILA GAMBAR PEMIMPIN2 PAKATAN RAKYAT DIPIJAK OLEH KAUM KERABAT KAMU..KAMU DIAM MEMBISU 'BAGAIKAN PIJAK SEMUT PUN TAK MATI'..INIKAH PEMIMPIN2 YG PATUT DIPERTAHANKAN OLEH RAKYAT DLM PRU 13?INIKAH KERAJAAN YG PATUT DIANGKAT OLEH RAKYAT??JOM RAKYAT!TOLAK UMNO BN DLM PRU 13...
ADA BEZA KE SAMPAI NK TANGKAP2? AKU MMNG TK SETUJU DGN PERBUATAN TAK BERMORAL NI, TP JGN LH BERAT SEBELAH DLM MENGAMBIL TINDAKAN.. 

JIKA SETAN UMNO YG DI KENALI TK MULAKAN DULU AKU RASA ANAK BUAH ANGEL YG TK DI KENALI DAN SEDIKIT NAKAL TKKN BUAT MENDA2 NI.. 

TKKN BILA DH KENA ATAS BTG IDUNG SETAN BARU NK AMBIK TINDAKAN .. INGAT NAJIB TU BKN TUHAN ,, DIA HANYA PM YG BAKAL JD KETUA PEMBANGKANG TK LAMA LG ADA PAHAM? 

PRU13 BKN KEBANGKITAN PARTI PR TP KEBANGKITAN RAKYAT TUK UBAH PEMERINTAH YG ZALIM DAN KORUP !!

1 comment:

walkstar said...

bila geng syaitan menguasai kerajaan pemerintah,segala tindakan haramjadah berpaksi pada matlamat untuk kekal berkuasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular