Bagaimana pula dengan 'keganasan melampau' yang dinaungi oleh Perkasa dan Taukey Ikan Bakar yang direstui UMNO dan pihak Polis terpaksa samarkan pandangan?
Pembangkang terap budaya kebebasan melampau
Penerapan budaya kebebasan yang melampau oleh pemimpin pembangkang terhadap pengikut mereka khususnya dalam kalangan generasi muda menjadi punca utama sikap biadab serta tidak bertamadun penyokong parti itu sejak akhir-akhir ini.
Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanggungjawab menerapkan nilai tidak baik tersebut.
Katanya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilihat bekerjasama dengan pembangkang dalam menerapkan unsur tidak sihat itu juga wajar dikenakan tindakan segera memandangkan budaya berkenaan tidak baik untuk rakyat Malaysia khususnya generasi muda.
“Pemimpin pembangkang khususnya Anwar serta pemimpin NGO yang menyokong mereka seperti Datuk S. Ambiga bertanggungjawab menyemai budaya kebebasan melampau termasuk seks bebas, biadab, bencikan pemimpin, raja, ulama malah agama serta rasul.
“Tindakan tegas wajar diambil oleh pihak berkuasa terhadap anak-anak muda yang terlibat menghina bendera negara dan memijak gambar pemimpin pada malam ambang merdeka lalu.
“Namun tindakan tegas dan tanpa kompromi juga wajib dikenakan terhadap pemimpin politik pembangkang serta NGO yang menjadi punca utama tindakan tersebut berlaku," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas insiden biadab peserta perhimpunan Janji Bersih memijak serta menunjukkan punggung kepada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada sambutan malam ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka di sini minggu lalu.
Menurut Mohamad Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), media-media yang menjadi perkakas kepada golongan tersebut seperti Malaysiakini juga perlu dikenakan tindakan.
Katanya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu segera bertindak terhadap Malaysiakini kerana mendakwa portal berita itu setiap hari menyemai elemen negatif kepada minda masyarakat khususnya generasi muda.
“Saya hairan mengapa SKMM masih tidak mengambil sebarang tindakan terhadap portal berita melampau seperti Malaysiakini dan yang seangkatan dengannya sehingga ke hari ini. Kita perlu bertindak segera, portal berita melampau seperti itu menyemai elemen tidak baik kepada rakyat," jelasnya. - sumber
Serang Masjid budaya PERKASA.
Serang Pejabat budaya UMNO.
Serang Gereja budaya JATI.
Serang orang budaya TIBAI.
Serag peribadi budaya cai-cai UMNO.
Serang Rumah budaya samseng
Tapi yang haram ialah tawan Dataran Merdeka
No comments:
Post a Comment