CHERAS: Polis telah menahan seorang suspek yang dipercayai terlibat memijak gambar Perdana Menteri ketika perhimpunan Janji Demokrasi pada malam sambutan Kemerdekaan di Dataran Merdeka, Khamis lalu.
Ketua Penolong Pengarah Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata polis menahan seorang pelajar kolej berusia 19 tahun yang akan dibawa ke balai polis Dang Wangi untuk siasatan lanjut.
"Kami menerima maklumat mengenai tempat tinggal ibu bapa suspek sebelum menahannya di kolej. Polis turut bercakap dengan dua lagi saksi yang berada di tempat kejadian," katanya kepada pemberita selepas tangkapan itu pada Selasa.
Pada Isnin, polis telah menubuhkan tiga pasukan khas untuk menyiasat tiga laporan membabitan insiden di Dataran Merdeka, serangan ke atas bas Jelajah Merdeka Rakyat dan tindakan penganjur Himpunan Janji Demokrasi yang melanggar Akta Perhimpunan Aman 2011... - MSTARONLINE
P/S : hmmm nak tau juga siasatan dibawah akta apa yer....bagus jangan lupa dakwa di makhamah sekali yer....yang kencing gambar TGHA dan gambar TGNA jangan lupa tangkap sekali..
No comments:
Post a Comment