Friday, September 7, 2012

sapa PEMBANGKANG? Cakap bebaik skit...


Bengong Sungguh Mangkok Ni, Cakap Pun Tunggang-Terbalik!

Matlamat UMNO Selangor dan Kelantan sama walaupun pendekatan berbeza, kata Noh

KOTA BAHARU, 7 Sept — Umno Selangor dan Kelantan mempunyai matlamat yang sama iaitu merampas kedua-dua negeri itu dari tangan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 nanti, sungguhpun pendekatan yang digunakan untuk tujuan itu berbeza.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata ini kerana tidak seperti Kelantan yang sebahagian besar pengundinya Melayu, Umno dan Barisan Nasional (BN) Selangor pada masa yang sama tetap memberikan perhatian kepada bangsa lain.

“Di Kelantan ramai pengundinya Melayu tidak seperti Selangor yang kita pada masa yang sama memberikan tumpuan kepada pengundi berbangsa lain pada pilihan raya ini.

“Selain itu yang berbeza di Kelantan, pemerintahan PAS sudah lama tetapi di Selangor pembangkang masih baru tetapi (Umno) bermatlamat sama untuk melihat BN menang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kubang Kerian di sini, hari ini.- shalehudin

Laporan penuh SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular