ALOR SETAR - Harga beras dijangka naik berikutan bekalan beras negara tidak mencukupi dan memaksa kerajaan mengimport sejak sekian lama.
Yang Dipertua Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM), Mohamad Zaini Ahmad berkata, bekalan beras negara tidak mencukupi dan mereka terpaksa mengimport dari negara jiran sebanyak 30 peratus bagi menampung permintaan.
Beliau berkata, negara tidak mempunyai bekalan beras yang mencukupi kerana kebanyakan kawasan padi sudah ditukar dan menjadi kawasan perumahan dan perindustrian. “Kita berharap 26 syarikat beras yang dimiliki Bumiputera sekarang ini dapat dikekalkan walaupun pada asalnya mempunyai 103 syarikat beras.
“Kerajaan perlu menambahkan kawasan padi di Kedah kerana ia menjadi penyumbang terbesar beras negara dengan memiliki 21 syarikat beras Bumiputera,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pejabat PPBMM, di sini, semalam.
Selain itu, kilang beras yang dimiliki Bumiputera ialah masing-masing satu di Johor dan Perak serta tiga di Perlis. Menurutnya, kerajaan pernah mencadangkan untuk melaksanakan penghasilan 10 metrik tan padi sehektar namun keupayaannya masih pada 3.6 metrik tan.
Beliau berkata, peningkatan penghasilan perlu dilakukan untuk menambah bekalan padi negara serta membantu petani menambah sumber pendapatan.
“Apabila hasil padi bertambah, kita akan mempunyai bekalan beras yang mencukupi untuk menampung permintaan rakyat yang terlalu tinggi dan tidak perlu mengimportnya dari negara jiran. “Kebaikannya akan membawa kepada penurunan harga beras berbanding harga semasa,” katanya.
Mohamad Zaini berkata, antara tujuan penubuhan PPBMM sejak 1973 adalah untuk memperjuangkan nasib pengilang Bumiputera dan menyelaraskan harga beras. “Kami berjuang untuk mempertahankan harga beras agar tidak terlalu tinggi dan membebankan rakyat,” katanya. SH

No comments:
Post a Comment