
Hudud boleh dilaksana jika Pas sertai Umno
JERLUN - Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan membangunkan sebuah negara Islam.


Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan PR dan menetapkan pendirian sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.
“Apabila Pas meninggalkan PR yang disertai parti bukan Islam, baru mereka boleh meneruskan perjuangannya yang didokong selama ini.
“Selagi Pas bersama parti yang tidak mengakui Islam adalah agama unggul, hukum hudud tidak dapat di laksanakan,” katanya.

“Untuk membina sebuah negara Islam, orang Melayu harus bersatu dalam satu pakatan dan membangunkannya secara lengkap.
“Kita tidak usah mempedulikan orang yang memperjuangkan hanya untuk menjadi Perdana Menteri, sebaliknya semua orang Melayu dan Islam mesti bersatu untuk membina sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud,” katanya. SH

Ni Jaminan Dr Presiden UMNO Najib Razak

Che Det dah lupa pada kenyataan beliau sendiri
Antara isi ucapan ORANG TUA ni?
Hukum hudud ini ciptaan ahli Fekah
Hukum hudud ini tidak dapat dalam Al Quran
Hukum hudud ini tidak adil kerana orang islam dikenakan hudud, bukan islam tidak kena hudud.
Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan dimalaysia kerana kita berbilang kaum