Wednesday, August 15, 2012

Terkini .. Kenyataan Pimpinan Pas berhubung isu Ustaz Nasaruddin Mat Isa.

Nik Aziz: Lebih baik Nasha keluar PAS 
Bernama 4:27PM Ogos 15 2012 Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu setelah bekas timbalan presiden PAS itu dilihat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah semalam, demikian menurut laporan Bernama.

"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi presiden PAS boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," katanya kepada Bernama di Kota Bharu hari ini. 

Akhbar hari ini memaparkan gambar Nasharuddin menyertai perdana menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi. 

Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz. 

Dalam Muktamar Agung PAS tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu. 
Nik Abdul Aziz juga dipetik Bernama sebagai berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti. - Bernama 

'Nasha patut berani berdepan Majlis Syura' 
3:10PM Ogos 15 2012 Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata bekas timbalan presiden parti itu Nasharuddin Mat Isa patut berani berdepan dan berhujah dengan Majlis Syura jika tidak setuju dengan hubungan PAS-DAP dalam Pakatan Rakyat. "Kalau beliau ada pandangan berbeza dengan Majlis Syura Ulama, beliau perlu berani berhujah dengan ahli Majlis Syura yang lain. "Persoalannya, adakah beliau rasa takut untuk berhujah dengan mereka? "Adakah beliau tidak cukup ilmu yang beliau miliki untuk bertemu dalam mesyuarat?" sindir ahli parlimen Pokok Sena itu. 

Mahfuz mengulas kenyataan Nasharuddin yang mencadangkan PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hudud, seperti dilaporkan TV3 dan Utusan Malaysia. 

Nasharuddin salah seorang anggota Majlis Syura PAS, badan tertinggi pembuat dasar yang diketuai oleh Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat. 

Bercakap kepada Malaysiakini, Mahfuz berkata jawatankuasa Pusat dan Majlis Syura PAS terbuka dan sedia mendengar pandangan ahlinya sekali pun tetap dengan keputusan bersama Pakatan. "Amat malang, beliau (Nasharuddin) sebagai ahli Majlis Syura tiba-tiba tidak boleh berhujah dalam mesyuarat, (kerana) tidak hadir dalam mesyuarat," katanya. 

NONESetiausaha agung 'pantau' perkembangan
Mahfuz berkata, memandangkan PAS telah menyatakan pendirian untuk bersama Pakatan, maka tiba giliran Nasharuddin untuk menyatakan "prinsipnya" terhadap keputusan itu. 

Ditanya sama ada Nasharuddin patut keluar PAS, Mahfuz berkata: "Terpulang kepadanya nak terima prinsip PAS atau apa-apa yang dia nak putuskan. Dia kena beritahu". 

Mahfuz juga yakin tindakan Nasharuddin yang memberi kenyataan tidak menguntungkan parti itu tidak memberi kesan kepada akar umbi. "Saya yakin akar umbi ada kebijaksanaan (untuk menilai). Saya tidak nampak memberi kesan atau mempengaruhi akar umbi," katanya. 

Dengan nada sinis, Mahfuz juga bertanya sama ada Nasharuddin berani menggesa Umno keluar daripada BN setelah MCA juga menentang hudud. "Adakah beliau berani buat begitu suruh Umno keluar BN kerana MCA tentang hudud. MCA kata ADUN dekat Johor hilang akal," katanya sambil ketawa sinis.  

Sementara itu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali (atas) ketika dihubungi Malaysiakini petang ini enggan mengulas lanjut berhubung tindakan Nasharuddin itu kerana "sedang mengikuti perkembangan" .. Baca SINI. Mk

Yb Ust Nasharudin perlu datang, bincang dengan parti. 
1. Sehari dua ini semakin kencang topik bahas mengenai kedudukan Yb Ust Nasharudin. Mengambil kira beberapa langkah beliau mutaakhir ini yang sangat pincang malah secara terbuka menolak keputusan parti.

2. Tiada siapa yang gembira dengan perkembangan ini kecuali musuh politik yang mahu melihat pergolakan berlaku dalam parti. Pastinya kesempatan ini akan diambil sepenuhnya oleh musuh politik untuk melemahkan PAS. 
3. Saya tidak nampak Yb Ust Nasharudin tidak memahami konsep Amal Jamaei atau lainnya yang berkait dengan disiplin perjuangan dan juga berjamaah. 

4. Saya menggesa supaya Yb Ust Nasharudin datang berbincang dengan pimpinan parti jika ada perkara yang beliau tidak puas hati. Bukan mengambil tindakan seperti apa yang telah dilakukan oleh Yb. Dato Hassan Ali sebelum ini. Menyerang dan mempertikai keputusan parti di media pihak lawan. 

5. Yb Ust Nasharudin sewajarnya insaf bahawa beliau yang memerlukan perjuangan Islam ini bukan sebaliknya. 

6. Ingatlah bahawa Perjuangan Islam ini tidak pernah rugi hanya kerana kita meninggalkan perjuangan ini justeru Allah pasti akan menggantikan orang lain yang akan terus berjuang dan memperkuatkan saf perjuangan Islam ini. 

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat. 
USTAZ NASRUDDIN TANTAWI. 

NONE'Hanya musuh gembira dengan kenyataan Nasha' 
12:11PM Ogos 15 2012 Pemuda PAS hari ini menggesa bekas presidennya Nasharudin Mat Isa "insaf" daripada mengeluarkan kenyataan yang hanya menguntungkan musuh politik parti Islam itu. 

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, jika tidak berpuas hati, Nasharudin harus tampil berbincang dan bukan menurut jejak langkah bekas exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat daripada PAS sebelum ini. "Tiada siapa yang gembira dengan perkembangan ini kecuali musuh politik yang mahu melihat pergolakan berlaku dalam parti. "Pastinya kesempatan ini akan diambil sepenuhnya oleh musuh politik untuk melemahkan PAS," kata Nasrudin , mengulas kenyataan Nasharudin yang mencadangkan PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hudud. 

Tindakan anggota parlimen Bachok yang disiarkan oleh TV3 dan Utusan Malaysia itu secara terbuka menolak keputusan parti yang merestui kerjasama politik PKR-DAP-PAS itu, lapor Harakahdaily. 

Pemuda PAS Kelantan pula mahu Nasha undur 
Sementara itu, Pemuda PAS Kelantan pula mahu tindakan lebih keras dengan menggesa Nasharuddin meletakkan jawatan sebagai anggota parlimen Bachok jika tidak berminat lagi bersama PAS. "Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu," setiausahanya Mohd Nuri Mat Yaacob dipetik sebagai berkata. 

Dalam kenyataannya yang dihantar kepada Harakahdaily, Mohd Nuri menyatakan perasaan tidak senang terhadap kenyataan Nasharudin (atas) dalam isu hudud yang antaranya mencadangkan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat. 

Selepas kekalahannya dalam pemilihan parti sebelum ini, Nasharuddin juga sering dianggap pro-Umno apabila sering dilihat bersama pemimpin parti Melayu itu, termasuk dengan presidennya Datuk Seri Najib Razak di Mekah baru-baru ini. Pemuda PAS sedikit pun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti, kata Mohd Nuri lagi. Mk
Berita Berkaitan : Gempaq!! Senada dgn Hassan Jati.. Nasaruddin Mat Isa Akan Umum Masuk UMNO? +Video ..Klik SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular