Sunday, August 12, 2012

Panas!! UPKO Bahagian Kota Marudu Bubar.. Warga Asing tiba tiba menjadi bumiputera +Video

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebentar tadi menyaksikan Senator Majiol Mahap mengisytiharkan dirinya dan kesemua kepimpinan UPKO keluar parti seterusnya keluar BN berkuat kuasa serta-merta.

Majlis yang diadakan di sebuah restoran di Kota Marudu turut dihadiri Naib Presiden PKR, Tian Chua, Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail, ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin, ahli parlimen Tuaran, Wilfred Mojilip Bumburing dan bekas menteri penerangan, Abdul Kadir Sheikh Fadzir. 
Senator Maijol Mahap memberitahu, keputusannya untuk keluar dari BN bukanlah sesuatu yang diambil dalam sekelip mata. Menurut bekas Naib Presiden 2, parti PasokMomogun Kadazan Dusun Murut (UPKO) itu, beliau telah memikirkan secara teliti dan mengambil masa yang agak panjang mengenai perkara itu namun masalah yang berlarutan di Sabah menjadi sebab utama beliau mengambil langkah tersebut. 

Maijol adalah merupakan salah seorang pemimpin kanan UPKO yang turut menyertai Timbalan Presiden parti yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing yang mengisytiharkan perletakan jawatan mereka dari parti dan BN Ahad lepas. 

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau hari ini, Maijol berkata beliau telah berada dalam BN selama 14 tahun. "Boleh dikatakan, UPKO yang saya anggotai adalah sebuah parti yang menarik dan mempunyai budaya yang bagus. Presidennya, Bernard Dompok adalah seorang yang baik dan pemimpin yang berketrampilan. UPKO sungguh bertuah kerana mempunyai pemimpin seperti beliau. 

Bagaimanapun, setelah meneliti tentang masalah yang berlarutan di Sabah sedangkan tiada usaha usaha penyelesaian terlihat, dengan berat hati, saya terpaksa meninggalkan perjuangan itu" "Saya tidak lagi menaruh kepercayaan bahawa BN boleh atau akan menyelesaikan isu isu kritikal di Sabah, contohnya seperti isu PATI yang telah lama berlarutan, kadar kemiskinan yang tinggi di Sabah, penyisihan terhadap kaum KDM (KadazanDusun Murut) dari perkhidmatan awam dan anugerah biasiswa, masalah masalah tanah, royalti minyak 5%, Borneonisasi dan Dasar Kabotaj," keluh Maijol. 

Kerajaan BN, ujar beliau, telah berjanji untuk mengadakan satu Badan Siasatan Diraja (RCI) untuk menangani masalah pendatang tanpa izin di Sabah tapi hampir semua orang tahu bahawa ia hanyalah janji manis BN
Terdapat kira kira 900,000 warga asing di Sabah dan saya mengesyaki terdapat beratus ratus ribu lagi yang bersembunyi disebalik identiti Melayu, Bajau dan kaum bumiputra yang lain. Orang orang ini tiba tiba menjadi bumiputera malah lebih bumiputera dari orang KDM. Cuba bayangkan apa yang kami rasa?" ujar beliau lagi. 

Menurut Maijol, orang orang KDM kekal orang yang paling miskin di Malaysia, sama kedudukannya dengan orang asli di Semenanjung. Menurut statistik EPU, katanya, tahap kemiskinan di hampir setiap daerah di Sabah adalah sangat tinggi. "Sebagi contoh pada tahun 2004, tahap kemiskinan di Nabawan adalah 70%, Kota Marudu 42% dan Tambunan 44%. Daerah daerah yang lain juga menunjukkan peratusan yang lebih kurang sama." "Saya telah membaca statistik untuk semua daerah di dalam Dewan Negara baru baru ini. Jawapan yang diberikan oleh Jabatan Perdana Menteri mengatakan kadar tersebut telah pun turun, tetapi apabila saya meneliti angkanya, penurunan yang berlaku hanya sebanyak 5%. 

 
Dalam erti kata lain, purata kemiskinan di setiap daerah masih sekitar 40%. Dasar dan perlaksanaan program pembasmian kemiskinan telah gagal." ujarnya. 

Maijol juga mengeluh apabila masalah tanah masih terus menghantui penduduk dikawasan luar bandar, satu satunya harta asas yang mereka miliki atau lebih dikenali sebagai tanah adat, telah diambil/dirampas oleh syarikat syarikat besar dan agensi agensi kerajaan dan menjadikan mereka berstatus penghuni haram atas tanah milik mereka sendiri. 
Datuk Maijol umum Saya tidak lagi yakin BN bersungguh2 utk selesaikan masalah rakyat Sabah, oleh itu saya & rakan2 buat keputusan utk tinggalkan BN. Dgn ini saya juga akan tinggalkan semua jawatan perlantikan Krjaan & syarikat. Saya tidak mau dimaki anak cucu krn tidak berjuang. 

PKR central committee member Zakaria Abdul Hamid tweets: YB Dato Maijol, Naib Presiden UPKO, umum keluar BN bersama semua AJK Bahagian UPKO Kota Marudu.Maijol cites three reasons for leaving the BN: the illegal immigrants issue, poverty and the need for a two-party system. 

Another PKR central committee member Dr Roland Chia tweets: Senator Dtk Maijol umum pembubaran UPKO Kota Marudu dan bersama Pakatan Rakyat tumbangkan BN. 
DS Anwar bersama Datuk Maijol 



A press conference after a Pakatan Leadership Council meeting at a hotel in Kota Kinabalu this morning 

This morning, Sabah Pakatan decided to accept Wilfred Bumburing’s Angkatan Perubahan Saban (APS) and Lajim Ukin’s Pakatan Perubahan Sabah into the Sabah Pakatan Leadership Council.

RCI Sabah, misi hidup mati buat BN
Setiap hari di Kota Kinabalu, kira-kira 200 orang kebanyakannya warga Filipina menganyam, menjual manik-manik dan cenderamata di pusat membeli belah bandar raya ini. Kebanyakan mereka adalah pendatang yang didaftarkan dari Filipina semasa perang saudara Jolo pada sekitar 1970an. 

Mereka adalah sebahagian dari 80,000 orang yang memiliki dokumen IMM13, iaitu pas imigresen yang membenarkan mereka berdaftar dengan United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR), selain bebas untuk bergerak dan bekerja di sini. Walaupun “Filipino Market” kini dikenali sebagai destinasi popular menarik pelancong, ia juga simbol kegagalan Sabah menangani masalah imigran, isu yang dimainkan dalam pilihan raya sejak 1970an. 

Hilang kedaulatan 
Isu yang menjadi kemarahan penduduk peribumi Sabah seperti Kadazandusun dan Murut (KDM) ialah mereka merasakan kedaulatan negeri mereka telah dirampas berterusan oleh pendatang asing seperti dari Filipina dan Indonesia.  
Ketua bahagian Umno Isnin Aliasnih: Mengakui bahawa penduduk Sabah adalah marah atas isu pendatang tanpa izin. 

Ia bukan menjadi satu rahsia bahawa warga Sabah sangat marah dan mahu pendatang ini dihantar pulang ke negara masing-masing, dengan sering menuduh mereka sebagai merampas peluang pekerjaan dan meningkatkan masalah sosial, ekonomi dan keselamatan negeri ini. “Rakyat Malaysia di Sabah merasakan hidup mereka dalam ketakutan kerana pendatang ini semakin ramai. Insiden seperti dadah, pecah rumah dan rompakan semakin kerap berlaku,” kata setiausaha negeri Sabah Tan Sri Simon Sipaun dalam tulisannya pada 18 Jun di Sabahkini. 

“Dahulu kami boleh tinggalkan rumah tanpa berkunci, kini kami seperti terpenjara di rumah sendiri. Lebih malang lagi, peluang pekerjaan tidak sebanyak orang yang memerlukannya,” katanya lagi. Kemarahan rakyat Sabah selama empat dekad ini dilepaskan kepada kerajaan Barisan Nasional, kerana didakwa telah memberi kewarganegaraan kepada mereka untuk mendapatkan undi. 

Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama memerintah iaitu dari tahun 1981 hingga 2003, telah beberapa kali dituduh melakukan inisiatif ini, dikenali sebagai “Projek M” atau “Projek IC”. 

Dalam siri temubual yang dilakukan oleh The Malaysian Insider dengan ahli politik tempatan di sini, mereka mempunyai sentimen yang sama seperti apa yang dikatakan oleh Sipaun. “Memang benar penduduk di sini sangat marah, banyak benda perlu diselesaikan atau pendatang ini semakin ramai dan memberi kita masalah,” kata Datuk Isnin Aliasnih, ketua bahagian Umno, memberitahu The Malaysian Insider. 

“Penduduk Sabah tidak gembira kerana ini telah berlaku sejak sekian lama. Pendatang tanpa izin ini bukan perkara baru. “Itu adalah isu semasa pilihan raya 1976, ketika kerajaan Berjaya (Barisan Bersekutu Rakyat Sabah); mereka memainkan isu ini pada tahun 1981, 1985, 1990, 1995, ia sering menjadi isu di negeri Sabah sejak 1970an. “Dan ini bakal menjadi isu besar hari ini,” kata setiausaha agaung United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organization Datuk Wilfred Madius Tangau selepas ditemubual. 

Peningkatan penduduk Sabah dan ‘Projek IC’
Sabah mempunyai hampir sejuta penduduk - 926,638 orang mengikut laporan pada Jun di akhbar harian bahasa Inggeris The Star. 

Melihat kepada masalah ini, perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang tiba di negeri ini akan mendedahkan syarat-syarat untuk Suruhanjaya Diraja (RCI), yang akhirnya BN bersetuju untuk tubuhkan untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin ini. 

Parti-parti BN Sabah seperti UPKO dan Parti Bersatu Sabah (PBS) gembira dengan penubuhan panel ini, setelah sekian lama menuntut perkara ini hingga Kabinet Najib menunaikan permintaan mereka pada 8 Februari yang lalu. Tetapi ada kebimbangan terhadap pemimpin mereka kerana keputusan itu mungkin terlalu lewat kerana dikatakan hanya strategi politik BN untuk memenangi pilihan raya akan datang. 
Ahli parlimen Tuaran Wilfred Bumburing: “Kerajaan mempunyai pelan mereka untuk mengubah demografi di Sabah.” 

Ditambah lagi dengan pemergian dua pemimpin BN di Sabah — ahli parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, timbalan presiden UPKO, dan ahli parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin, ahli majlis tertinggi Umno. 

Kedua mereka menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap mereka tentang isu pendatang asing ini dan menyertai Pakatan Rakyat (PR) bulan lalu. Bumburing memberitahu The Malaysian Insider bahawa keengganan kerajaan BN untuk menyelesaikan masalah ini bakal menyebabkan menghancurkan dominasi mereka dalam politik Sabah. “Sekarang, saya boleh bercakap kerana saya kini dalam barisan pembangkang. Dan saya berkata kerajaan mempunyai pelan mereka untuk mengubah demografi di Sabah,” kata ahli parlimen itu. Beliau berkata statistik dari tahun 2010, menunjukkan peningkatan 390 peratus dari 636,431 penduduk pada 1970 kepada 3,120,040 pada tahun 2010, jauh lebih tinggi dari peningkatan penduduk peringkat nasional iaitu 164 peratus. 

Dari 3.12 juta penduduk Sabah hari ini, laporan itu menganggarkan 27 peratus adalah pendatang asing. Bumburing berkata bahawa pendatang tanpa izin ini telah menggunakan nama “Islam” dan mengaburi mata dengan menjadikan mereka 60 peratus dari Melayu Islam, dari mengekalkan bangsa asal mereka. Dakwaan Bumburing itu disahkan oleh seorang penduduk tempatan yang namanya enggan untuk diberitahu dalam temubual baru-baru ini. 

Penduduk itu, berdarah separuh dari Filipina, berkata ayahnya dan pakciknya telah meninggalkan Filipina untuk ke Sabah pada lewat 1950an dan kedua mereka telah ditawarkan kad pengenalan. Tetapi, mereka diberikan syarat - mereka mesti menggunakan nama orang Islam, “menjadi Melayu” dan menganut agama Islam. Lelaki itu berkata ayahnya enggan untuk menerima tawaran itu, namun pakciknya mengambil peluang tersebut. Kemudian pakciknya itu kini sering menghadiri mesyuarat Umno dan mengundi parti pemerintah itu, sebagai pertukaran kepada kebebasannya di sini. “Ini bukan cerita baru. Ada banyak lagi cerita seperti ayah dan pakcik saya. Dan ramai yang bersetuju untuk mengambil kad pengenalan itu dan menerima syarat itu, untuk tinggal di sini,” katanya lagi. 

Bumburing berkata “warganegara-untuk-undi” ini telah berterusan dan tidak diperiksa selama berkurun dan kini sampai ke satu tahap bila pendatang asing ini berani untuk menguasai dan menghalau orang tempatan dalam perniagaan.
  
“Ini sudah ke tahap bila PTI (pendatang tanpa izin) ini berani untuk bersuara. Saya mendengar ini setiap hari, dari orang ramai. Bila mereka bergaduh untuk merebut tempat menjual sayur di pasar, orang tempatan yang dihalau keluar. “Semalam (Rabu) bila penduduk tempatan melawan kembali dan berkata ‘ini negara kami’, pendatang ini melawan dan berkata, kami akan merampas negeri ini dari kamu satu hari nanti,” kata Bumburing. “Bila pegawai kami datang, mereka berkata, ‘nanti kami akan menguasai kerusi kerajaan, dan menguasai dalam dewan negeri. 

“Pendatang tanpa izin ini menggunakan sumber kami, menyebabkan masalah sosial dan kesihatan kami terganggu, mereka bawa dadah dan penyakit ke Sabah. “Tetapi yang paling penting mereka telah merampas kedaulatan negeri kami dan kerajaan tidak melakukan apa-apa,” katanya lagi. 

Lebih buruk lagi, Bumburing berkata kini pendatang tanpa izin ini diberikan hak untuk mengundi untuk menentukan masa depan politik negeri ini. Menurut analisis yang dijalankan, lebih 250,000 pendatang tanpa izin di Sabah dan mereka mengaburi mata dengan status Bumiputera. “Dari sini saya yakin kerajaan tidak lakukan apa-apa. Inilah sebab kenapa saya meninggalkan parti ini - kerana saya tidak yakin bahawa BN akan menyelesaikan masalah ini, dan satu-satunya cara ialah mengubah kerajaan,” katanya lagi. 

RCI ‘buat atau mati’ Kemarahan rakyat Sabah semakin memuncak terhadap pendatang tanpa izin, ditambah dengan keluarnya Bumburing dan Lajim, telah dikatakan bakal mencetuskan perubahan kepada politik negeri ini. Analisis telah mengatakan bahawa akan berlaku berubahan kuasa tetapi penubuhan RCI ini mungkin dapat menyelamatkan BN dari kehilangan Sabah yang dikatakan “simpanan tetap” mereka. Untuk parti-parti Sabah BN seperti UPKO dan PBS, RCI ini dilihat sebagai penting untuk survival politik mereka dimana mereka sudah kehilangan undi. 
Penganalisis politik Arnold Puyok: BN mungkin akan tewas di Sabah. 

Dr Arnold Puyok, penganalisis politik tempatan yang pernah berkata bahawa BN mungkin akan tewas di Sabah kepada pembangkang dalam pilihan raya kali ini, memberitahu The Malaysian Insider bahawa parti-parti KDM dilihat semakin lemah. “Mereka dilihat sangat lemah, dan mereka tidak melawan untuk hak negeri dan KDM sangat kecewa. Pergilah tanya mereka, sudah jelas bahawa penduduk KDM sudah kecewa dengan pemimpin seperti (presiden PBS Tan Sri Joseph) Pairin Kitingan,” katanya apabila ditemui. 

Seorang pemimpin UPKO yang ditemui yang namanya enggan diberitahu memberitahu The Malaysian Insider bahawa sentimen itu adalah benar. “Orang ramai sudah mula penat dengan BN, terutamanya KDM yang beragama Kristian dan orang Cina. “Mereka bersama Bumburing dan Lajim dan ini bukan kelebihan untuk kami,” kata pemimpin itu lagi. Pemimpin itu berkata lagi masyarakat KDM kini marah dengan penguasaan Umno di Sabah dan merasakan pemimpin tempatan sudah diketepikan. “Orang ramai mungkin menghormati pemimpin seperti Tan Sri Bernard Dompok (Presiden UPKO) untuk RCI tetapi, Umno tidak mahu mendengarnya, jadi, lupakan,” katanya lagi. 

Mereka berkata bahawa RCI ini adalah penentu “hidup dan mati” bagi parti UPKO. “Sebab ini adalah perjuangan utama parti kami, jika kami tidak lakukan ini, habislah kami,” kata Wilfred Madeus Tangau lagi. Ahli Parlimen Tuaran dua penggal sebelum Bumburing itu berkata, UPKO mungkin terpaksa meninggalkan BN jika kerajaan tidak bersetuju untuk menubuhkan suruhanjaya diraja. Dia juga bersetuju bahawa ini merupakan satu kesukaran kepada mereka jika mereka terus dikuasai oleh Umno. “Apa yang (BN) lakukan, jadi sebab itu kami di sini. 

Jika tidak lakukan perkara ini, tidak ada sebab untuk kekal. Rakyat akan bertanya, apa yang kamu lakukan? Kami akan jadi tidak relevan. Kami hanya akan jadi relevan jika isu ini diselesaikan. “Jadi kerajaan kini mahu menyelesaikan dan saya menghormati Najib kerana berani melakukan perkara ini. Saya tidak mahu komen apa-apa tentang RCI, tetapi walau apapun, ia adalah langkah yang baik,” katanya lagi. Najib dijangka akan mengumumkan syarat-syarat untuk RCI selepas mesyuarat tertutup bersama pemimpin BN negeri tengah hari ini. - MI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular