Wednesday, August 15, 2012

Siling Hospital Serdang Runtuh lagi.. Projek kroni siapa ni??

Ini merupakan kejadian kedua di Hospital Serdang, yang beroperasi sejak Disember 2005, selepas insiden siling di kawasan lobi utama runtuh pada Januari tahun lepas.

SERDANG – Tiga jururawat dan seorang pegawai perubatan wanita Jabatan Kecemasan Hospital Serdang cedera selepas 15 keping papan siling bersaiz 2 kali 2 kaki di jabatan itu runtuh pada 2.45 pagi Isnin. 
 
Pengarah Hospital Serdang Datuk Dr Ardi Awang berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas satu skru yang mengikat lantai siling itu tercabut, menyebabkan siling yang bercantum antara satu sama lain runtuh serentak. 

“Ketika kejadian, terdapat tiga jururawat wanita dan seorang pegawai perubatan wanita berusia 20-an sedang betugas di bahagian kaunter meja jururawat manakala pesakit berada di bilik masing-masing. 

“Runtuhan itu menyebabkan seorang jururawat menerima jahitan di tangan manakala yang lain cedera di kepala dan belakang badan,” katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian. 

Beliau berkata semua mangsa yang cedera menerima rawatan pesakit luar dan kembali menjalankan tugas masing-masing. 

Dr Ardi berkata kerja pembaikan siling dijalankan sejak 8 pagi dan berakhir 4 petang tadi tanpa menjejaskan urusan pentadbiran hospital itu. Beliau berkata barang yang rosak dalam kejadian itu ialah sebuah peralatan melihat salinan sinar-X. 

“Kita masih mengkaji punca sebenar kejadian dan memantau keseluruhan kawasan itu… pemeriksaan yang lebih rapi selepas ini akan memastikan tidak ada lagi runtuhan siling berlaku,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular