Wednesday, August 22, 2012

Apakata Harussani, Fathul Bari & Abdullah Saamah?? : Pengerusi MCA Kedah nafi sokong hudud.. MCA S'gor: Kami akan halang jadi negara Islam

Chong Itt ChewPengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew menafikan laporan akhbar Sinar Harian yang memetiknya sebagai beliau menyokong undang-undang hudud.
Chong mendakwa, dalam temubual telefon dengan harian berbahasa Melayu tersebut, isu mengenai undang-undang hudud tidak dibangkitkan langsung

"Mereka tidak pernah menyentuh tentang hudud, tidak dibangkit. Saya amat kecewa dengan laporan mereka," katanya ketika dihubungi. 

Chong berkata beliau hanya memberi respon kepada cadangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya PAS bergabung dengan Umno di bawah BN. 

Katanya, kenyataan beliau sangat jelas, iaitu mana-mana parti politik yang mahu menyertai BN memerlukan kelulusan kepimpinan tertinggi BN dan mereka mesti mematuhi perlembagaan BN dan semua kriteria yang ditetapkan oleh BN

Beliau mengulangi bahawa partinya, termasuk di Kedah, menentang keras undang-undang hudud. 

"Selama ini, saya mengeluarkan begitu banyak kenyataan bahawa kami menentang pelaksanaan undang-undang hudud di Kedah. 

"Saya menentang keras undang-undang hudud dan saya mengikuti pendirian Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek - iaitu menentang undang-undang hudud," katanya. Mkini 

Isu hudud: Sidang media khas MCA Kedah esok 
21 Ogos 2012 Chong Itt Chew ALOR SETAR - Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew akan membuat penjelasan berhubung kenyataan beliau dalam Sinar Harian, yang disiarkan hari ini, berkaitan dengan hukum hudud. Sidang media khas bagi memperjelas kekeliruan yang timbul itu akan diadakan di pejabat MCA Alor Setar, esok. 

Menurut kenyataan dikeluarkanoleh Bahagian MCA Alor Setar, sidang media itu dijadual berlangsung jam 11 pagi ekoran kenyataan Itt Chew, yang dilihat berbeza seperti dilaporkan Sinar Harian dan laporan sebuah portalberita. Itt Chew gagal dihubungi bagi mendapatkan kenyataan susulan berhubung isu berkenaan. 

Hari ini, Sinar Harian melaporkan MCA Kedah menyokong hudud ekoran pelaksanaannya tidak melibatkan orang Islam, selain menyarankan agar Pas menyertai Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk membina sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud

Sebuah portal berita melaporkan, Itt Chew menafikan beliau membuat kenyataan seumpama itu dan menyifatkan ia telah disalah tafsir. SH


 
 Ni Berita yg membuatkan juak2 Umno bersorak sakan dengan kenyataan pengerusi MCA Kedah yg tiba2 sokong hudud, dan gesa PAS keluar PR utk buat hudud bersama Umno dan MCA...hahaha.. 



Riuh dalah facebook dan blog gerombolan gelakkan PAS, nak pemimpin PAS jawab kenyataan MCA Kedah ni...hahaha..so, ini jawapannya.. Klik SINI

MCA Kedah setuju hudud 
21 Ogos 2012 Datuk Chong Itt Chew ALOR SETAR - Ini sesuatu yang amat mengejutkan. Di sebalik kelantangan pucuk pimpinannya membantah sebarang cadangan untuk melaksanakan hudud di negara ini, MCA Kedah tiba-tiba sahaja membuat kenyataan yang menongkah arus - bersetuju - dengan undang-undang Islam itu. 

Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew berkata, rasionalnya mudah, hudud tidak melibatkan orang bukan Islam. "Sekiranya pelaksanaan undang-undang itu (hudud) membawa kebaikan kepada rakyat dan negara, ia tidak akan jadi masalah termasuk kepada orang bukan Islam. DAP juga tidak patut membantah," katanya di sini, semalam. 

Itt Chew berkata, dalam keadaan sekarang, Pas yang memperjuangkan pelaksanaan hudud sejak penubuhannya, harus menimbang semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila DAP yang menjadi rakan sekutunya dalam pakatan itu berterusan menolak hudud. "Pas mesti buat keputusan yang lebih baik dengan meninggalkan PR. Selagi bersama PR, Pas tidak akan berjaya melaksanakan hudud," katanya. 

Dalam situasi begini, kata Itt Chew, Pas harus menyertai Umno dan BN untuk membina sebuah negara Islam yang lengkap. "MCA Kedah akan setuju jika Pas ingin menjalin kerjasama dengan Umno untuk meneruskan perjuangan Pas. Pas harus menerima setiap polisi yang ditetapkan parti dan tidak meletakkan sebarang syarat. "Saya melihat gabungan Umno dan Pas adalah satu tindakan yang baik demi masa depan rakyat dan negara," katanya. 

Beberapa hari lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno boleh melaksanakan hudud jika Pas sedia bergandingan dengan parti itu untuk membangunkan sebuah negara Islam. Menurutnya, Umno amat mengalu-alukan kerjasama Pas jika ia berpisah dari PR. "Pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam," katanya. 

Sebelum itu, anggota Majlis Syura Ulama Pas, Nasharudin Mat Isa menyatakan sudah sampai masa bagi parti itu menimbang kedudukannya dalam PR berikutan penolakan berterusan oleh DAP terutama pengerusinya, Karpal Singh terhadap undang-undang hudud. SH

pkrl.blogspot.com

MCA S'gor: Pilih kami, kami akan halang jadi negara Islam 
6:20PM Ogos 18 2012 Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam. "MCA akan terus mempertahankan kepentingan orang Cina dan tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam," kata Pengerusinya, Datuk Donald Lim. 

"Ini juga tidak akan berlaku di mana-mana negeri dan negara yang ditadbir oleh BN. Ini adalah janji kami kepada rakyat Selangor," kata Lim dalam ucapan pembukaannya di konvensyen MCA Selangor hari ini Satu contoh Islamisasi di Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sekarang, katanya, ialah percubaan Majlis Bandaran Kuala Selangor untuk mengasing tempat di pawagam mengikut jantina. 

Lim menggesa semua ADUN keturunan Cina di Selangor, khususnya dari Pakatan Rakyat, supaya menyatakan pendirian mereka terhadap cita-cita PAS untuk mewujudkan negara kebajikan Islam dan undang-undang hudud. - Mkini

Sementara itu, MCA Johor turut berpendirian tidak menyokong pelaksanaan hudud.
Naib Presidennya, Datuk Ng See Tiong berkata, MCA tidak pernah menyatakan sokongan malah pendirian pucuk pimpinan di peringkat negeri ini juga sama seperti Pusat yang membantah cadangan pelaksanaan hukum Islam itu.

“Kami tidak pernah bersetuju dan menyokong pelaksanaan hudud oleh Pas. Bahkan pemikiran dan pendirian kami tetap sama dengan pendirian yang pernah dinyatakan oleh MCA Pusat.

“Lagipun, kami tidak pernah memberi sebarang kenyataan bahawa kami bersetuju tentang pelaksanaannya. Kami yakin dan tetap pada pendirian tersebut,” katanya - Sinar Harian

.NILAIKAN SENDIRI.. 

Pilihan anda? A untuk BN (UMNO/MCA/MIC/Gelakan....dll) B untuk PR (PAS/PKR/DAP)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular