Wednesday, August 15, 2012

Kempen Blackout sukses - Najib cuak!

CIJ buat kenyataan kempen Blackout berjaya melebihi jangkaan. Ini petanda rakyat dulu lain rakyat sekarang lain. Kini rakyat bukan dunggu dan serah bulat-bulat apa kerajaan nak buat, samada ikut atau kena humban masuk longkang.


Dengar kata Najib beri arahan suruh kabinet kaji semula S114A, rakyat didahulukan, janji perlu ditepati. 

Baru nak sedar kediri, sebelum ni apa pernahkan depa ambil pandangan rakyat? Apapun itu satu kemajuan dan syabas sebab ada niat nak jadi baik. 

Dibulan posa pulak tu. Allah catitkan niat buat baik dengan satu pahala dan eloklah selepastu diikuti dengan amalan pulak bukan setakat niat saja. Allah akan berikan ganjaran 10 kali pahala.  

Oleh kerana aku juga tak setuju dengan S114A, aku tak buaty posting hari ni, tapi aku masuk juga internet untuk cari maklumat. Berbaloilah juga aku jadi golongan yang bantu make it happen bukan sekadar tengok something happening dan bukan juga yang lebih teruk mereka yang tak tahu what is happenning... - Warta Subhi 

Najib: Kabinet akan bincang undang-undang kontroversi Akta Keterangan    

KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Datuk Seri Najib Razak malam ini berkata, Putrajaya akan membincangkan tentang pindaan undang-undang kontroversi Akta Keterangan 1950 Seksyen 114A selepas warga internet Malaysia memprotes undang-undang yang mencengkam kebebasan di alam siber. 

Peradana Menteri memberi komen selepas sekurang-kurangnya tiga pemimpin Barisan Nasional (BN) meminta kerajaan mengkaji semula seksyen 114A daripada akta tersebut. “Saya telah minta kabinet untuk membincangkan seksyen 114A, Akta Keterangan 1950. “Apa sahaja yang kita lakukan, rakyat menjadi keutamaan,” kata Najib melalui akaun Twitternya, @najibrazak. 

Timbalan menteri pendidikan tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan senator MCA Gan Ping Sieu menyokong protes yang semakin membesar terhadap undang-undang baru itu. 

Kempen menentang undang-undang tersebut turut disokong oleh Majlis Peguam dan parti DAP yang menurunkan laman web mereka sempena kempen memboikot internet hari ini. Pemimpin DAP Lim Kit Siang dan peguam hak asasi manusia Edmund Bon berikrar tidak akan menggunakan internet selama 24 jam dan laman-laman web seperti Harakahdaily dan Keadilan Daily membuat 'pop up' menyokong kempen menentang seksyen 114A. 

Tokoh masyarakat seperti Datin Paduka Marina Mahathir dan Hishamuddin Rais turut bersama-sama kempen ini. Pindaan akta kontroversi tersebut diluluskan oleh Dewan Rakyat pada bulan April tahun ini dan digazetkan sebagai undang-undang oleh menteri de facto undang-undang Datuk Seri Nazri Aziz pada bulan Julai baru-baru ini. Mk
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular