Monday, August 13, 2012

Ku Nan: P'raya tak mungkin pada Oktober .. boleh percaya ke??

NONEP'raya waktu haji akan banyak masalah  
Ogos 13 2012 Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi bayangan bahawa pilihan raya umum akan datang kemungkinan tidak akan diadakan pada Oktober.

Beliau berkata akan timbul banyak masalah jika pilihan raya diadakan pada masa itu kerana bulan tersebut adalah bulan untuk umat Islam menunaikan haji. "Kalau kita buat juga pilihan raya pada masa itu nanti akan timbul tuduhan kata kerajaan tidak peka dengan hal-hal agama Islam. 

Saya tidak yakin pilihan raya akan diadakan pada Oktober," katanya kepada pemberita di Putrajaya. Pada Jun lepas Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan meminta semua anggota parti itu yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya agar menangguhkan ibadah haji bagi menghadapi pilihan raya umum. 

Dalam perkembangan lain, Tengku Adnan berkata mesyuarat perwakilan Umno bahagian Putrajaya akan diadakan pada 1 September depan serentak dengan majlis sambutan hari raya Aidilfitri dan dijadual dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular