KUALA LUMPUR 13 Ogos: Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) Berhad semakin diragui hala tujunya.
Selepas kontroversi syarikat milik Yahudi Louis Dreyfus dan Bonge Limited didakwa memiliki saham FGVH dan menjadi rakan kongsi antarabangsa, kini timbul isu syarikat perjudian Genting Berhad pernah memiliki saham syarikat itu. Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan dari sumber berita Bloomberg Peers bahawa syarikat Genting suatu ketika memiliki 12 peratus saham FGVH.
Bagaimanapun, saham tersebut dijual ketika harga meningkat pada Julai hingga Ogos lalu. “Pelbagai persoalan timbul mengenai perolehan saham oleh kumpulan Genting. Jumlah saham yang dipegang juga tinggi sebanyak 12 peratus.
“Apabila Genting menjual saham itu dalam urusniaga pada 16 Julai dan 9 Ogos, sekumpulan dana awam seperti KWSP, KWAP dan Tabung Haji membelinya. “Satu lagi persoalan timbul adakah FGVH tiada unit syariah memantau urusan jual-beli saham syarikat itu.
Bukankah 90 peratus peserta Felda adalah orang Islam dan sepatutnya wujud unit syariah memastikan agar syarikat tidak melakukan urusniaga bertentangan hukum syarak,” katanya.
Mengulas perkara sama, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata, penjualan saham kepada Genting merupakan suatu pengkhianatan kepada bangsa Melayu. “Genting syarikat perjudian. Jika benar syarikat itu pernah beli saham FGVH, ini suatu penyelewengan besar yang dilakukan oleh kerajaan BN,” kecamnya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=34494

SYARIKAT YAHUDI DAN JUDI TERLIBAT DALAM SAHAM FGVH?
Setelah kita dedahkan pembabitan Syarikat yahudi, Louis Dreyfus dan Bonge Limited dlm FGVH, terkejut juga membaca laporan bahwa Genting Bhd pernah menguasai 12% saham FGVH dengan pegangan sebanyak 407, 005,000 unit melalui peruntukan khas.
Urusniaga antara 16 julai hingga 9 ogos, Tabung Haji, EPF dan Kumpulan Wang Amanah Pencen telah membeli saham Genting. Menjadi tandatanya, kenapa Genting jual sahamnya?
Adakah ia menjadi proksi kepada tokoh tertentu? Kenapa Dana awam diguna untuk membelinya? Antara Syarikat lain yg memiliki saham FGVH ialah Schroder Invest Management Ltd 3,002,700 unit, Vanguard Group 9,369,894, Fidelity Inter 3,813,140, Rcm Capital 2,786,285 unit.
Tidak dpt dipastikan adakah FGVH mempunyai Unit Syariah yg memantau pelaburannya agar selari dengan kehendak syara'. Dulu Amanah Saham Nasional jadi kontroversi bila Persatuan Ulama Msia mempertikaikan pelaburannya. Kalau sykt yahudi dan judi boleh beli, nampaknya kira halal agaknya... Sempena bulan ramadhan, kepada peneroka dan pembeli saham FGVH; sila semak pelaburan anda. Itupun kalau sensitif pada halal haram. SELAMAT BERPUASA. Sumber- Bloomberg Peers.