Wednesday, May 11, 2011

Subsidi Gula Dipotong Lagi, Permata Kaut RM111 Juta


Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad (gambar) menyifatkan tindakan kerajaan Umno menaikkan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa semalam, sebagai lambang kegagalan Barisan Nasional (BN).


Beliau turut menyifatkan alasan yang diberikan Umno-BN itu bahawa harga gula di Malaysia masih lebih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina sebagai dangkal. 


"Kenaikan (harga gula) kali keempat selepas kerajaan berbuat demikian sebanyak tiga kali pada tahun lalu iaitu pada Januari (20 sen), Julai (25 sen) dan Disember (20 sen)," kata Idris Ahmad dalam satu kenyataan hari ini.

Tegas Idris, alasan daripada kerajaan bahawa ia akan menjimatkan wang negara sebanyak RM116.6 juta setahun apabila gula dinaikkan 20 sen adalah tidak masuk akal sekali gus mempersoalkan kewibawaan kepimpinan Umno-BN dalam menguruskan kewangan negara. 

"Apakah kerajaan BN tidak ada jalan lain untuk menguruskan kewangan negara? 

"Nampaknya pemimpin negara jika tidak ada wang, jalan keluarnya dengan menyusahkan rakyat sepertisaman ekor, menaikan minyak petrol, naik harga gula, naik harga tol," tegasnya.

Dalam pada itu Idris turut mempersoalkan kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup memberi peruntukan RM111 juta untuk 2011 kepada Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang dipengerusikan oleh Datin Rosmah Mansor.

"Apa lebih PERMATA, hanya setaraf dengan pasukan kompang sahaja, tetapi memperolehi peruntukan begitu banyak hampir dengan pelupusan subsidi gula RM116.6 juta.

"Sedangkan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat hanya RM95 juta sahaja," tambahnya.
Popout


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular