Saturday, May 14, 2011

Anwar kata lagi kepimpinan Umno 'pandi kutty'

anwar ibrahim, ceramah pandi kutty, melaka, disrupt by police
Ketua pembangkang dan juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan corak kepimpinan Umno tak ubah seperti 'pandi kutty' di dalam sesi ceramahnya di Bukit Katil, Melaka malam semalam.


Biarpun suasana agak tengang dengan provokasi yang dijalankan ratusan penyokong BN yang dipisahkan hanya sebatang jalan namun majlis yang dirancang tetapi diteruskan seperti biasa.


Menurut Anwar, budaya yang diamalkan Umno sama sekali bertentangan dengan orang-orang Melayu yang dianggap penuh beradap sopan.

anwar ibrahim, ceramah pandi kutty, melaka"Bila saya tuduh Umno amalkan budaya 'pandi kutty mereka marah, tetapi sekiranya Umno membunuh orang, mengamalkan rasuah, zalim dengan rakyat, ambil kekayaan negara, tindas rakyat, orang inilah yang menjalankan politik 'pandi kutty'.

"Memang dari segi bahasanya makna 'pandi kutty' itu adalah anak babi tetapi maksud sebenarnya adalah bodoh. Saya tidak kata Najib tetapi sekiranya terasa, dia punya pasallah," katanya kepada ratusan hadirin.

Menurut Anwar, di dalam sejarah sejak zaman kesultanan Melayu Melaka tidak ada orang yang diaibkan dan dicerca sepertinya.

anwar ibrahim, ceramah pandi kutty, melaka"Tetapi saya sehinga sekarang hari-hari dicerca dan diaibkan tetapi saya bersyukur mana-mana saya pergi sambutan masyarakat begitu baik terhadap saya.

Budaya Melayu

"Mana ada di dunia yang mencerca sebegini biarpun mengambil contoh dunia Arab sekalipun atau mengambil budaya Cina yang ribuan tahun ketamadunannya tidak mencerca orang seperti ini.

"Budaya Melayu pun begitu tetapi hanya pimpinan di Umno sahaja yang dilihat begitu terdesak menghina saya," katanya.

Menurut beliau, jikalau menyorot kisah di dalam Buku Sejarah Melayu ada terkandung kisah budaya masyarakat dan pemimpin Melayu yang sepatutnya diamalkan.

"Jika dibaca sejarah Melayu ada tercatat kisah Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun, di mana perjanjian antara rakyat dan raja atau pemerintah.

"Rakyat mesti taat kepada pemerintah, jangan derhaka manakala raja mesti adil jaga kepentingan rakyat, kalau rakyat laku kesalahan walau sebesar mana pun jikalau ditakdirkan dia salah, dijatuhi hukuman bunuh pun maka ikutlah syarak.


anwar ibrahim, ceramah pandi kutty, melaka, disrupt by police, samsul iskandar"Ini sebenarnya budaya Melayu, maknanya salah atau benar pun perlu rujuk syarak, bukan rujuk nafsu, bukan tabur fitnah, bukan caci orang.

"Tapi jikalau salah bagaimana pun, jangan sesekali pemerintah aibkan hambanya. Jaga maruah dia, kalau aibkan juga mala petaka akan menimpa.

"Budaya Melayu tidak suruh, hanya budaya Umno sahaja yang mengamalkan cara sebegini," katanya. - MK 

Respon : 



  • Hamzah Mahmod ·  Top Commenter
    Sape yg marah dan melenting Anwar sebutPandi Kutty...dialah yg sebenarnya bersikap Pandi Kutty...sape makan cili dia terase pedasnya....Tapi tak elok gak sebut Kutty ni sebab...ada nama org Kutty...contoh Mohd Noor Kutty.....Mahadir Muhammad Kutty....

    • Johari Bakar ·  Top Commenter
      Puak2 tu mana faham......sebutlah apa aje depa buat deq aje......yg penting bagi mereka slogan 1 Malaysia tu:"RAKYAT MENDAHULUKAN......PENCAPAIAN KRONI DIUTAMAKAN"........Penat aje menyebut deme buat pekak badak je.........

  • Zulghafar Daud
    kira DSAI msih lmbut lg gunakn prkataan :pandi kutty" wlaupun sudah d hina dn diaibkn sedemikian rupa klau sy di tmpatnya sy trus ckp je ank babi haram jadah....sybas DSAI.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular