Pada tarikh 13hb May 2011 merupakan hari yang paling gempar kepada blogger blogger yang mengunakan hosting blogspot.com.
Masing masing tidak dapat log in dan ini menyebabkan ramai tiada entri baru pada 13 hb May 2011.
Malahan nasib kami bertambah malang kerana entri yang kami buat pada 12 hb May juga hilang meninggalkan kami.
Di sebabkan proses maintainence yang di buat oleh blogger.com ramai yang kecewa, marah dan lemah semangat.
Harap masalah seperti ini tidak berlaku lagi. Itu kisah 13 Mei2011,tahukah anda sejarah hitam negara juga pernah berlaku pada Tanggal 13 Mei.
Perkataan 13 Mei mengingatkan saya tentang sejarah hitam negara yang pernah saya baca juga pada tarikh yang sama.
Bagi blogger-blogger yang dah berumur mungkin masih mengingati peristiwa itu tapi bagi kami anak-anak muda hanya membaca cerita tersebut dari mediamasa sahaja.
dibawah ini saya petik serba sedikit sejarah hitam 13 Mei 1969
Dari wikipedia
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk. [perlu rujukan]
Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.
Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya.
4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui JalanKampung Baru telah dipancung.
Baca lagi Disini
No comments:
Post a Comment