Saturday, May 14, 2011

Imej MISTERI dalam jentera bomba


GAMBAR ahli keluarga Rozaidi yang dirakam di hadapan sebuah jentera bomba yang memaparkan imej misteri wanita berambut panjang (dalam bulatan) di Dataran Merdeka baru-baru ini.

[kosmo] KUALA LUMPUR – Seorang pemandu peribadi, Rozaidi Ahmad, 42, terkejut dengan kemunculan imej misteri di dalam gambar yang dirakamnya semasa mengunjungi Hari Bomba Malaysia di Dataran Merdeka di sini baru-baru ini.

Menurutnya, imej tersebut yang menyerupai seorang wanita berambut panjang dikesan pada gambar yang dirakam menggunakan kamera digital pada 7 Mei lalu.

“Kami sekeluarga menyedari imej pelik berkenaan dua hari selepas itu semasa anak sulung saya memasukkan gambar-gambar daripada kamera ke komputer riba.

“Kami terkejut apabila ada imej lain yang menyerupai seorang wanita berambut panjang di dalam jentera bomba,” ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.
P/S: Makhluk halus seperti jin dan syaitan sememangnya berkongsi dunia dengan manusia cuma manusia tidak dapat melihat makhluk-makhluk ini....Jika manusia dapat melihat makhluk ini, itu suatu kelebihan yang dianugerahkan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular