Rahim Thamby Chik solat sunat ‘menunjuk-nunjuk’ – Ustaz Shamsul
[KD] KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik melakukan solat solat satu rakaat sahaja sebelum upacara sumpah laknat berlangsung di Masjid Amru Al As Bandar Baru Sentul, dua minggu lalu.
“Saya hairan, Rahim Thamby Chik apabila datang semua buat solat sunat, jam 4.15 petang. Asar tak masuk lagi tak apalah. Mungkin solat tahiyatul masjid. Tapi kenapa solat satu rakaat, takkan solat witir,” kata Ustaz Shamsul Firdaus.
Pendedahan itu dibuatnya sewaktu memberi tazkirah ringkas pada majlis tertutup selepas bacaan Yassin di rumah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam semalam.
Mengulas lanjut, beliau berkata, perbuatan bersolat satu rakaat itu membuatkan orang ramai beranggapan Rahim Thamby Chik sebenarnya tidak tahu apa yang dilakukannya tetapi mahu menunjuk-nunjuk.
“Nampak sangat solat itu bukan solat betul-betul, solat nak menunjuk-nunjuk (kepada) orang sahaja,” katanya.
Bekas Imam Masjid Bukit Damansara itu adalah ustaz yang menyerahkan buku qazaf kepada Datuk T dan menasihati mereka supaya membatalkan rancangan sumpah laknat itu.
Ustaz Shamsul berkata, kehadirannya di majlis itu tidak dirancang, malah, peluang menasihati Datuk T dianggap satu ketentuan Allah.
“Kebetulan pada hari berkenaan, saya pakai baju Melayu sepasang, saya pakai kopiah putih tapi sebelum saya keluar dari kereta saya tukar songkok hitam.
“Nampak songkok tinggi sikit. Boleh masuk geng GST (geng songkok tinggi). Kemudian tak semena-mena kumpulan berkenaan, anggota polis, Pemuda Umno, bagi laluan dia ingat saya imam masjid,” kata Ustaz Shamsul sambil tergelak kecil.
Pada upacara itu, pelbagai kejadian ‘aneh’ berlaku sepanjang proses Datuk Eskay Abdullah membuat sumpah laknat antaranya Eskay memegang al-Quran terbalik dan lafaz kalimah syahadah kedengaran tidak tepat, malah beliau turut memakai baju kalis peluru.
No comments:
Post a Comment