Saturday, May 14, 2011

PERKASA bertegang lagi dengan NGO Cina



NGO Hak Melayu PERKASA bertegang urat lagi dengan persatuan Cina berhubung gerakan menuntut kerakyatan aktivis pendidikan Cina Lim Lian Geok dikembalikan.


Kempen itu -- dinamakan 'Keadilan untuk Lim Lian Geok -- dilancarkan oleh NGO pendidikan Cina, Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG dan diketuai bekas pemimpin GERAKAN Toh Kin Woon serta disokong banyak persatuan Cina utama.


NONEPERKASA, bagaimanapun mendakwa desakan itu, yang dinyatakan bersama tuntutan agar sekolah jenis kebangsan Cina diberi status dan bantuan sama rata saperti sekolah kebangsaan, jelas cuba "bermain semula dengan isu kesamarataan" dalam pelbagai bentuk.

"Melihat pada desakan-desakan yang mereka buat pada ketika ini (di ketika kerajaan dilihat lemah) tidak salah jika dianggarkan [dianggap (sic)] bahawa terdapat tangan-tangan ghaib atau kerja-kerja menyemai pemikiran komunis masih menebal untuk terus menghasut segelintir kaum Cina ini," kata NGO itu dalam satu kenyataan.

PERKASA itu mahu membuat laporan polis dan mahukan pihak terbabit didakwa bawah akta hasutan. Malah, NGO itu memohon pihak berkuasa turut menarik balik kerakyatan penganjur gerakan itu dan dikeluarkan daripada senarai daftar pengundi.

lim lian geok postcard launching 080511 2Menurut kenyataan itu, mereka mengesyaki terdapat "sesuatu yang tersembunyi" kerama mendiang telah pun meninggal dunia 26 tahun lalu dan tidak lagi memerlukan kerakyatan.

Bagi masyarakat Cina, Lim (1901-1985) merupakan aktivis pendidikan Cina paling dihormati dalam sejarah Malaysia. Mendiang merupakan presiden persatuan guru sekolah-sekolah Cina Jiao Zong.

Beliau juga konsisten memperjuangkan kesamaaan layanan untuk sekolah vernakular dan menentang arahan kerajaan supaya medium pendidikan ditukar kepada bahasa Inggeris pada sekitar tahun 50-an.

Tindakan itu membawa kepada kerakyatan dan kebenaran mengajarnya ditarik balik pada tahun 1961. 

lim lian geok book launching 310710 booksPada tahun 1985, masyarakat Cina menggelarkan sebagai "Jiwa kepada orang Cina Malaysia" atau zu hun.

Sempena 50 tahun penarikan balik kerakyatannya, beberapa persatuan Cina bersama-sama membangkitkan semula isu itu melalu kempen menggunakan poskad, forum, pameran, tayangan filem dan persembahan pentas.

Gerakan itu juga mahukan suatu akta berkaitan kesamarataan pendidikan dibentuk supaya pendidikan dalam bahasa ibunda mendapat layanan samarata.

Menjawab PERKASA, LLG sebaliknya berkata, kempen mereka rasional, sah dan aman.

NONEDalam kenyataan semalam, mereka memetik Perkara 8(1) dan 8(2) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kepada semua warganegara tidak kira agama, bangsa, tempat kelahiran dan jantina.

Justeru mereka mendakwa dasar semata-mata membangunkan sekolah kebangsaan dengan mengabaikan sekolah vernakular tidak mengikut perlembagaan dan merupakan satu diskriminasi.

"Tuntutan PERKASA untuk menarik balik kerakyatan penganjur tidak masuk akal dan menghina perlembagaan persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara.

"PERKASA mendakwa mempertahankan hak Bumiputera tetapi mereka melanggar batasan dalam perlembagaan dan menjejaskan hak bukan Bumiputera," kata kenyataan itu. - MK 

Respon Pembaca :


Nur Atika Binti Atan ·  Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
Chinese folks...jgn layan bedebah2 PERKASA ni..hak bumiputra mana yg dipertahankan? hak bumiputra Umno ada la...

  • Mohd Najib Budiman ·  Top Commenter · Pegawai Akaunat Harakah
    PERKASA ni dah berulang kali.. hak org melayu tak dipertahankan, hak org lain dia kacau.. hak apa entah yg dia jaga... hak Islam lg la dibiarkan terabai...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular