Seorang lelaki kurang siuman bersenjatakan pisau menggemparkan para pelancong apabila memegang satu kepala wanita yang dipotongnya di lokasi pusat peranginan terkenal Sepanyol iaitu Los Cristianos, Tenerife di kepulauan Canary, lapor sebuah akhbar semalam.
Pembunuh itu dikatakan menyerang mangsa yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an atau 60-an dan melarikan kepalanya di sebuah pusat beli-belah yang sibuk kira-kira pada pukul 10.25 pagi waktu tempatan.
Saksi-saksi memberitahu melihat suspek berlari dari pusat beli-belah dengan memegang kepala mangsa dan darah menitis ke tanah.
Beberapa pengawal keselamatan mengejarnya sebelum menjatuhkannya ke tanah dan menunggu kehadiran anggota-anggota polis.
Penyerang tersebut dilaporkan telah mengekori mangsa yang bekerja di sebuah pasar raya dalam pusat beli-belah Valdes selama beberapa hari sebelum pembunuhan ngeri itu berlaku.
Dia didakwa telah keluar dari Hospital de La Candelaria pada Februari lalu untuk menjalani rawatan berkaitan keganasan.
Namun, timbul kekeliruan dalam laporan mengenai senjata yang digunakan suspek sama ada parang, pedang atau penyodok tanah. - Agensi
No comments:
Post a Comment